web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Lulus RM350,000 Tambah Baik Klinik Kesihatan Di Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2023 1:09PM

Dr Zaliha Mustafa - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU -- Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa hari ini meluluskan peruntukan RM200,000, bagi melaksanakan kerja pendawaian semula dan naik taraf sistem elektrik di empat buah klinik kesihatan yang daif, di Terengganu.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga meluluskan sejumlah RM150,000 bagi tujuan pembelian peralatan perubatan, untuk kegunaan klinik-klinik kesihatan di negeri berkenaan.

“Setelah mendengar permintaan daripada Pengarah Kesihatan Negeri (Datuk Dr. Kasemani Embong), saya bersetuju untuk luluskan segera peruntukan tersebut (RM200,000) bagi kerja naik taraf sistem elektrik di Klinik Kesihatan Seberang Takir, Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Klinik Desa Pengadang Baru dan Klinik Desa Medan Jaya.

“Kita (KKM) bagi ini bukan untuk apa, tapi untuk kemudahan penduduk di Terengganu,” katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Desa Pulau Bahagia di sini, dalam lawatannya ke projek pembaikan klinik dan fasiliti daif di Terengganu hari ini.

Pada masa sama, Zaliha berkata KKM telah mengenal pasti 112 fasiliti kesihatan daif di Terengganu merangkumi Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan Klinik Pergigian dan sehingga semalam, sebanyak 58 daripadanya telah terlibat dalam inisiatif pembaikan melibatkan peruntukan berjumlah RM8.9 juta.

Sistem elektrik di empat klinik kesihatan daif di Terengganu akan dinaik taraf - gambar hiasan
Sistem elektrik di empat klinik kesihatan daif di Terengganu akan dinaik taraf - gambar hiasan

“Setakat ini 21 telah siap sepenuhnya, manakala 36 buah lagi sedang dalam fasa pelaksanaan. Pembaikan selebihnya (54 buah) akan dipertimbangkan untuk dimulakan pada tahun hadapan dan 2025,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai isu tular yang mendakwa perkhidmatan kesihatan sebuah hospital di Melaka yang dikurangkan ekoran kekurangan pegawai perubatan bulan ini, Zaliha berkata KKM ketika ini sedang dalam proses penempatan semula pegawai perubatannya di seluruh negara.

Beliau berkata KKM melalui Bahagian Sumber Manusia, telah melakukan mapping bagi mengenal pasti keperluan di setiap fasiliti kesihatan kerajaan dan Melaka juga katanya akan mendapat penempatan pegawai perubatan baharu yang sewajarnya.

“Ini hospital, ini fasiliti kesihatan. Fasiliti kesihatan kena berjalan setiap hari.Jadi tentunya KKM tidak akan benarkan fasiliti itu tidak berjalan (disebabkan masalah kekurangan pegawai perubatan). Penempatan semula memang sedang berlaku… Ia akan Insya-Allah diselaraskan dengan sebaik mungkin.

“KKM akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sebuah jabatan pembedahan am di hospital di Melaka, telah menghentikan saringan kanser kolon dan perkhidmatan klinik secara jumpa terus, ekoran kekurangan pegawai perubatan. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad