web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liputan Jalur Lebar Mudah Alih 4G Di Selangor Capai 99.87 Peratus Suku Pertama 2023 - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 3:00PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING - Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor kini mencapai 99.87 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 55.96 Mbps (megabit sesaat) setakat suku pertama tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata liputan jalur lebar menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu juga menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan 17 menara komunikasi baharu dirancang siap didirikan menjelang akhir tahun ini. 

 “(Daripada jumlah itu) 11 daripadanya telah siap dan dalam tindakan pihak penyedia telekomunikasi untuk pemasangan peralatan komunikasi.  Namun saya telah menerima maklumat pagi tadi daripada 11 menara itu, lapan lagi belum ‘on air’.

“Saya akan melawat satu daripada lapan (menara) ini dalam jangka masa terdekat. Kalau saya dapati tidak ada perancangan segera untuk mengaktifkan menara ini maka bersedialah. Jadi saya minta disegerakan,” katanya.

Fahmi  berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di PEDi Kanchong Darat, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata sehingga kini sebanyak 8,457 stesen pemancar telah siap dinaik taraf kepada rangkaian 4G manakala hanya 19 stesen lagi masih dalam peringkat pelaksanaan.

Fahmi juga berkata beliau akan berbincang dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk melipat ganda usaha mereka mempromosikan Pakej Perpaduan prabayar dan jalur lebar yang diumumkan kementerian sebelum ini khususnya di kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Februari lalu kerajaan telah mengumumkan Pakej Perpaduan prabayar dan pada Mac kami umumkan Pakej Perpaduan untuk jalur lebar. Kalau tuan puan tidak tahu, maklum pada saya, saya akan ‘call’ semua CEO (ketua pegawai eksekutif) telco kenapa tidak uar-uarkan manfaat kepada rakyat (untuk dapat Internet yang murah),” katanya.

Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih atau dikenali sebagai Pakej Perpaduan bernilai RM30.

Dalam pada itu, katanya sebanyak 28 kemudahan gentian optik ‘Point of Presence’ atau titik kehadiran (PoP) telah disiapkan dan sedia untuk dilanggan oleh sekurang-kurangnya 2,912 premis bagi memperluas jaringan liputan infrastruktur jalur lebar.

Menurut Fahmi 226 inisiatif PoP dirancang untuk dibangunkan di negeri itu melibatkan 52 PoP untuk fasa pertama dan 174 PoP dilaksanakan dalam fasa kedua.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata menerusi Program Saya Digital yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lepas, ia telah memberi manfaat kepada kira-kira 16,081 orang peserta seluruh negara dengan 3,195 daripadanya adalah rakyat Selangor.

Katanya, program tersebut telah bergerak secara fizikal di hampir 40 lokasi seluruh negara dengan lima di Selangor  bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menerima guna teknologi khususnya bagi golongan B40, warga emas dan pelajar dalam meningkatkan kemahiran digital mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad