web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Laksana Pelbagai Inisiatif Tingkat Ekonomi Rakyat - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 3:15PM

Inisiatif yang dilaksanakan antara lain menyaksikan penambahbaikan bantuan sedia ada serta pengenalan inisiatif baharu dalam usaha membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan telah melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang tempoh tujuh bulan bagi memastikan ekonomi rakyat yang lebih baik merangkumi peningkatan elaun, bantuan persekolahan, akses Internet dan kesihatan.

Menerusi video siri pertama laporan tujuh bulan Kerajaan Perpaduan berdurasi tiga minit 54 saat, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil mengulas 19 inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkumi segenap lapisan masyarakat.

"Insya-Allah Kerajaan Perpaduan akan terus memastikan rakyat Malaysia mendapat lebih banyak manfaat menerusi inisiatif-inisiatif yang bakal diumumkan kelak,” kata Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital.

Inisiatif yang dilaksanakan antara lain menyaksikan penambahbaikan bantuan sedia ada serta pengenalan inisiatif baharu dalam usaha membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Berikut adalah 19 inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan:

1) Elaun Sara Hidup (ESH) kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditingkatkan daripada RM1,000 sebulan kepada RM1,100 sebulan.

2) Bantuan Awal Persekolahan meningkat kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini.

3) Tiket percuma untuk pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

4) Tiada bayaran untuk permohonan kemasukan ke universiti melalui UPU online berbanding RM15 sebelum ini. 

5) E-dompet untuk belia meningkat daripada RM150 kepada RM200.

6) Bantuan Prihatin Rakyat yang kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah ditingkatkan sehingga RM2,500 berbanding sehingga RM1,800 sebelum ini.

7) Pelepasan 130,000 rakyat daripada senarai muflis. 

8) Peningkatan elaun 35,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kepada RM1,100 sebulan, berbanding RM1,000 sebulan sebelum ini. 

9) Imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir terima sumbangan RM600, berbanding RM500 sebelum ini.

10) Bantuan Aidilfitri penjawat awam meningkat daripada RM500 kepada RM700.

11) Pesara kerajaan sebelum ini mendapat bantuan Aidilfitri sebanyak RM250, kini RM350.

12) Golongan B40 menikmati harga Internet jalur lebar RM69 sebulan menerusi Pakej Perpaduan, berbanding RM89 sebulan.

13) Memperkenalkan perubatan percuma di klinik swasta terpilih (Skim Perubatan MADANI) serta insurans dan takaful rahmah serendah RM5 sebulan (Pakej RAHMAH Insurans dan Pakej RAHMAH Takaful). 

14) Memperkenalkan harga istimewa makanan siap serendah RM5 menerusi Menu RAHMAH.

15) Diskaun sehingga 30 peratus untuk barangan mentah dan harian menerusi Jualan MADANI.

16) Meningkatkan bantuan musim tengkujuh untuk pekebun daripada RM600 kepada RM800.

17) Memperkenalkan bantuan khas Aidilfitri untuk pesawah, nelayan dan pekebun sebanyak RM200.

18) Buat pertama kali, pesawah mendapat sumbangan tambahan RM250 seorang hasil agihan sumbangan syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berjumlah RM60 juta.

19) Buat pertama kali, 30 peratus keuntungan Bernas diberi terus kepada pesawah, tidak termasuk bantuan bulanan RM200 sebulan selama tiga bulan serta subsidi dan insentif harga padi, baja padi dan padi huma. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad