Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN 6 Negeri Diadakan Serentak, Pengundian 12 Ogos, Penamaan Calon 29 Julai

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 12:29PM

Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengundi di enam negeri akan menjalankan tanggungjawab pada 12 Ogos untuk keluar mengundi apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan serentak di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam pengumuman hari ini berkata berkata tarikh penamaan calon bagi pelaksanaan PRN di enam negeri itu ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Beliau berkata jumlah pengundi yang akan terlibat dalam PRN di enam negeri berkenaan adalah kira-kira 9.7 juta.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan dalam PRN itu adalah daftar pemilih terkini, sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemas kini sehingga 21 Jun,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN.

Abdul Ghani Salleh - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Abdul Ghani Salleh - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Mesyuarat itu diadakan susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Speaker DUN enam negeri berkenaan. 

Kelantan membubarkan DUN pada 22 Jun lepas, diikuti Selangor pada 23 Jun, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai.

Enam negeri berkenaan tidak membubarkan DUN mereka bersekali dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lepas bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

Abdul Ghani berkata PRN di enam negeri itu akan melibatkan 245 DUN iaitu 36 kerusi DUN di Kedah, 45 kerusi di Kelantan, 32 kerusi di Terengganu, 40 kerusi di Pulau Pinang, 56 kerusi di Selangor dan 36 kerusi di Negeri Sembilan. 

"Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding pada 29 Julai ini sehingga 11.58 malam pada 11 Ogos,” katanya.

Abdul Ghani berkata urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 15 Jun lepas.

Tarikh tutup permohonan undi pos adalah pada 26 Julai bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, polis, tentera, dan petugas media); 8 Julai bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 11 Julai bagi kategori 1C (agensi/organisasi).

“Permohonan undi pos bagi semua kategori laitu Kategori 1A, Kategori 1B dan Kategori 1C dilaksanakan secara dalam talian (online),” katanya. 

Bagi menjalankan proses PRN, Abdul Ghani berkata SPR telah melantik 245 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 740 orang Penolong Pegawai Pengurus. 

SPR akan turut menubuhkan 252 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bertujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, katanya.

“PP-KPR itu dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding,” katanya. 

Beliau berkata 173 pusat penamaan calon (PPC) dan 186 pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU) akan digunakan dalam PRN di enam negeri itu.

“Jumlah keseluruhan pusat mengundi yang akan digunakan pada PRN itu adalah 3,450 melibatkan 17,425 tempat mengundi atau saluran,” katanya.

Abdul Ghani seterusnya menyeru mereka yang ingin bertanding dalam PRN berkenaan agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang berkenaan dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat PRN seluruh negara sebelum hari penamaan calon.

“Mereka digalakkan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.

“Adalah dingatkan bahawa kertas penamaan calon yang telah lengkap disi dan disemak oleh Pejabat Pegawai Pengurus itu hendaklah dikemukakan oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon di PPC yang telah ditetapkan oleh SPR,”  katanya.

Abdul Ghani berkata SPR menawarkan mana-mana agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, mana-mana badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi melihat perjalanan proses PRN bermula pada hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

“Mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian seperti di PPC, pusat-pusat mengundi, tempt pengiraan undi dan PPRU serta perlu mematuhi kesemua syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan oleh SPR,” katanya. 

Permohonan untuk menjadi Pemerhati Pilihan Raya telah dibuka pada 15 Jun 2023 dan akan ditutup pada 7 Julai ini namun permohonan masih boleh dikemukakan kepada SPR melalui e-mel [email protected] dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui https://www.spr.gov.my. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 1 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan