Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


LRT3 Mula Beroperasi 1 Mac 2025 - Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 8:45PM

Anthony Loke Siew Fook menaiki tren dari Heavy and Light Maintenance Building (HLMB) Depoh Johan Setia ke trek percubaan ketika meninjau Projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijangka mula beroperasi pada 1 Mac 2025 akan memberi manfaat kepada dua juta penduduk di koridor barat Lembah Klang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata projek LRT3 kini sedang rancak dilaksanakan dan kemajuan pembinaan projek tersebut telah mencapai 86 peratus.

“Kerja-kerja pembinaan hampir siap, sekarang ini juga rancak dilaksanakan kerja-kerja berkenaan dengan sistem signalling dan sebagainya.

“Dijangkakan LRT3 mula beroperasi pada 1 Mac 2025 iaitu 18 atau 19 bulan dari sekarang, kita menjangkakan projek ini bakal memberikan kemudahan kepada lebih dua juta penduduk di sekitar pantai barat Lembah Klang terutamanya dari Petaling Jaya ke Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau perkembangan dan prestasi Projek LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia, di sini hari ini.

Loke berkata projek yang menelan belanja RM16 bilion itu mempunyai 22 tren 3-gerabak dengan kapasiti 18,630 penumpang setiap jam.

“Kawasan ini padat dengan penduduk dan pembangunan, dijangkakan setiap hari kita boleh memberikan kemudahan kepada puluhan ribu penumpang menggunakan LRT3.

“Projek ini juga akan ada dua stesen pertukaran, iaitu di Bandar Utama yang menghubungkan laluan MRT Kajang Line ke LRT3 dan Glenmarie yang menghubungkan antara LRT Kelana Jaya Line dengan LRT3. Ia merupakan keterhubungan yang baik, di tengah-tengahnya ada jejambat yang menghubungkan kedua-dua stesen berkenaan,” katanya.

Katanya, kesemua tren telah bersedia dan sedang diuji supaya dapat beroperasi dengan baik selepas dibuka selain ia mengamalkan teknologi hijau yang lebih mesra alam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Lupus Kenderaan Buruk, Terbiar Secara Dalam Talian Melalui E-Dereg

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Lulus Pembesaran LTAPP, Kos Lebih RM1 Bilion - Anthony Loke

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 8 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM