web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Anwar Tunai Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Putra

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 10:11AM

Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Majlis Putra, Putrajaya. Turut hadir, Saifuddin Nasution Ismail dan Mohd Zuki Ali - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Majlis Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pukul 8.19 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebelum memasuki dewan utama masjid bagi menunaikan solat Aidiladha.

Solat sunat Aidiladha ini pertama bagi Anwar bersama-sama warga Putrajaya sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan pada November tahun lepas.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama kira-kira 20,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra Salahuddin Ghozali.

Perdana Menteri turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Nilai Pengorbanan’ yang disampaikan Salahuddin.

Anwar juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah lain sebaik selesai khutbah Aidiladha. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad