web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tawaran Sumbangan Vaksin Sinovac Untuk Pulau Pinang Tidak Sahih, Syarikat Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 5:19PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tawaran sumbangan 2 juta dos vaksin Sinovac oleh syarikat swasta untuk Pulau Pinang adalah tidak sahih, dan siasatan mendapati bahawa syarikat tersebut tidak wujud, menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pihaknya telah berhubung dengan Sinovac Biotech Ltd di China, yang telah mengesahkan bahawa tiada apa-apa bukti dan permohonan diterima oleh wakil syarikat tersebut, berhubung sumbangan yang dimaksudkan.

Katanya, menurut surat yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 1 Februari 2021 yang ditulis oleh Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, sumbangan tersebut adalah dalam bentuk pembayaran kepada pihak Sinovac Biotech untuk kos vaksin sebanyak 2 juta dos.

“Penulis surat ini telah memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia dan merupakan pengarah urusan syarikat Xintai Development Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong.

“Dalam surat ini disebut bahawa penulis surat itu akan bayar deposit US$2 juta sekiranya Pulau Pinang setuju dan individu tersebut juga telah berhubung dengan pihak Sinovac Biotech melalui pegawai jualan antarabangsa iaitu Coco Chang,” katanya dalam satu sidang media secara dalam talian hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, wanita yang dinamakan sebagai pegawai jualan antarabangsa tersebut telah mengesahkan bahawa, beliau tidak menguruskan pasaran Asia dan telah menafikan telah dihubungi berkaitan sumbangan yang dimaksudkan.

Malah Khairy berkata, pihaknya juga pernah menerima surat dari penulis yang sama pada 9 Februari 2021 atas tujuan sumbangan vaksin sebanyak dua juta dos, kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Apabila kita menerima surat ini, kakitangan saya merujuk kepada pihak Sinovac dan mendapati bahawa tawaran ini tidak betul. Ini satu ‘scam’, ini satu penipuan. Jangan politikkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan ‘scam’ ini.

“Saya mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu menderma vaksin, tapi mesti melalui saluran yang betul.

“Vaksin adalah barang kawalan dan ia tidak mudah untuk dibeli dan diimport.

“Ini bukan seperti membeli ‘t-shirt’ di Shopee,” katanya, sambil menambah pihaknya akan meminta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), untuk membuat laporan polis berkenaan individu yang tidak diketahui identiti ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan program imunisasi itu beliau berkata, kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan lagi kadar pemberian vaksinasi dan beliau yakin jumlah itu akan meningkat dari bulan ke bulan bermula Jun, dengan lebih banyak bekalan tiba termasuk Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Beliau berkata, secara puratanya kadar vaksinasi antara 30,000 dan 40,000 sehari, tetapi jumlah itu mencapai 76,000 semalam.

“Ia semakin meningkat. Dengan kadar yang kami jangkakan, saya yakin kita boleh lengkapkannya pada hujung tahun,” katanya - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad