web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahami Pengajaran Penting Ibadah Haji, Umat Islam Wajib…

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 7:00AM

Ibadah haji juga adalah simbol persamaan taraf sesama manusia di mana kewajipan setiap umat Islam memakai ihram bagi lelaki tanpa mengira kedudukan dan pangkat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hubungan dalam kalangan umat Islam hari ini amat longgar apabila budaya tegur-menegur semakin luntur dan jiran bersebelahan rumah tidak mengenali antara satu sama lain.

Khutbah Jumaat bertajuk ‘Haji dan Perpaduan’ dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam turut mendedahkan, terdapat juga individu yang tidak mengenali saudara-mara dan kaum keluarga masing-masing.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan umat Islam dilanda sindrom permusuhan dan hasad dengki.

“Ada segelintir yang sanggup menindas, mengkhianati dan menzalimi malah hingga berbunuh-bunuhan.

“Inilah sebenarnya hasil daripada pendekatan dasar perpaduan yang tidak didasari kepada iman dan takwa.

“Rasulullah juga bersabda seperti diriwayatkan Imam Bukhari, bermaksud “Jangan kamu memutuskan hubungan, tidak bertegur sapa, membenci dan berhasad dengki, sebaliknya jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seseorang Islam tidak menegur saudaranya lebih daripada tiga hari”,” katanya.

Susulan itu, khutbah berkenaan menggesa umat Islam agar bersama memahami pengajaran penting dalam ibadah haji untuk dilaksanakan dalam hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Menurutnya, selain menjadi simbol pengorbanan kepada agama, ibadah haji juga adalah simbol perpaduan bagi umat Islam di seluruh dunia.

“Berhimpunnya jemaah haji dari seluruh dunia di kota Makkah dan Madinah adalah satu pengajaran bahawa umat Islam diwajibkan berkasih sayang, saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kedudukan dan pangkat.

“Budaya kasih sayang dan saling bekerjasama perlu diikat oleh iman dan takwa kepada Allah seperti yang difirmankan di dalam al-Quran menerusi Surah al-Hujurat ayat 10.

“Ia bermaksud,"orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat,” katanya.

Sementara itu, khutbah tersebut turut menegaskan, ibadah haji juga adalah simbol persamaan taraf sesama manusia di mana kewajipan setiap umat Islam memakai ihram bagi lelaki tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

Katanya, prinsip tersebut menjadi faktor penting kejayaan Rasulullah dalam menegakkan agama dan daulah Islamiyah.

“Ia juga memberi pengajaran bahawa semua manusia adalah sama taraf di sisi Allah.

“Sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah melayani masyarakat zamannya secara sama rata, tiada perbezaan walaupun dengan anak sendiri,” katanya.

Pada masa sama, khutbah itu turut menegaskan bahawa ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang wajib ke atas setiap muslim yang berkemampuan. 

“Ibadah haji adalah simbol pengorbanan kepada agama. Keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda dalam menunaikan ibadah itu adalah suatu pengajaran kepada kita sebagai hamba Allah,” katanya. – Getaran, 24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad