web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Kertas Siasatan Dibuka Terhadap Pegawai Polis Wanita - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 5:34PM

Saifuddin Nasution bercakap pada Sesi Eksklusif Editor Media Bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai polis wanita yang beberapa klip videonya tular baru-baru ini kerana memarahi anggota bawahan dan orang ramai telah ditahan kerja sejak minggu lepas, kata  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib juga telah dibuka di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman berkaitan tingkah laku pegawai polis wanita berkenaan.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kaedah dan mekanisme yang jelas untuk menghadapi perilaku sedemikian yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat dan memberi sedikit sebanyak persepsi tidak sepatutnya terhadap PDRM.

“Selain itu, dua kertas siasatan polis juga dibuka (masing-masing) di bawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam),” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan antaranya melibatkan kes video yang tular di Taman Sri Gombak, kes berkaitan memarahi dan mengaibkan empat anggota polis di Taman Sri Gombak dan kes bertengkar dengan orang awam di kawasan parkir.

Menurutnya rakaman percakapan terhadap suspek juga telah dilakukan pada Ahad lepas dan kedua-dua kes ini telah dirujuk Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Isnin lepas.

Pada 15 Jun lepas, tular satu klip video yang memaparkan seorang pegawai polis wanita yang memarahi anggota polis sehingga menimbulkan pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.

Selain itu, terdapat satu lagi klip video yang tular membabitkan pegawai wanita berkenaan yang bertengkar dengan orang awam sambil mengeluarkan kata-kata tidak sopan selain cuba mencetuskan provokasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields pada Sabtu.

Menurut Seksyen 78(1) mengenai tahan kerja di bawah Akta Polis 1967:”Jika difikirkan perlu untuk kepentingan awam supaya seseorang pegawai polis berhenti menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi jawatannya dengan serta-merta.

Pihak Berkuasa Disiplin boleh menahan kerja pegawai polis itu, sementara menanti apa-apa penyiasatan mengenai kelakuan pegawai polis itu di bawah Akta ini atau mana-mana Peraturan-Peraturan Polis yang dibuat di bawahnya atau mana-mana peraturan atau perintah yang terpakai kepada pegawai-pegawai lain yang mempunyai taraf yang sarna di dalarn perkhidmatan awam.”

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata terdapat seramai 40,000 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) dengan turut melibatkan penugasan anggota dari negeri yang tidak menghadapi pilihan raya itu.

Ini bertujuan bagi memastikan keadaan keselamatan dalam negara terjamin terutama di negeri-negeri yang akan menghadapi PRN berkenaan iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu selain membolehkan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa takut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Pensyarah Didakwa Hina Nabi Dirujuk Ke AGC Selasa Ini

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad