web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuarantin Wajib 14 Hari Bagi Individu Masuk Ke Sabah - Masidi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 7:49AM

Datuk Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah menguatkuasakan arahan kuarantin wajib 14 hari ke atas individu yang masuk ke negeri itu berkuat kuasa Khamis ini (20 Mei) dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata individu yang berasal dari Sabah, penduduk tetap dan pemegang Pas Kerja yang bermastautin di negeri itu dibenar menjalani arahan kuarantin di rumah masing-masing.

Katanya, individu yang bukan berasal dari Sabah pula dikehendaki menjalani arahan kuarantin itu di hotel yang ditetapkan sebagai pusat kuarantin iaitu 16 hotel di Kota Kinabalu dan satu di Tawau atas biaya sendiri.

“Pengambilan ujian (saringan COVID-19) PCR (Polymerase Chain Reaction) dengan keputusan negatif adalah diwajibkan bagi setiap individu yang ingin masuk ke negeri Sabah seperti sebelum ini.

“Kemasukan ke negeri Sabah bagi pegawai-pegawai kerajaan adalah dibenarkan tertakluk kepada pegawai yang mempunyai surat rasmi bertugas di negeri Sabah,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Masidi berkata kerajaan negeri juga membenarkan kemasukan pelabur asing bagi tujuan melabur di negeri ini, bagaimanapun mereka perlu mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran khas kemasukan daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesan dua kes penularan COVID-19, kedua-duanya melibatkan individu dari Labuan yang pulang untuk meraikan Aidilfitri di Tawau.

Beliau berkata kes pertama melibatkan pasangan suami isteri yang pulang ke Ladang Abaka, Tawau pada 7 Mei, dan mereka disahkan positif pada 14 Mei dan menjangkiti sembilan ahli keluarga.

Bagi kes kedua, individu terlibat pulang ke Kampung Sungai Imam, Tawau pada 8 Mei sebelum disahkan positif pada 16 Mei dan turut menziarah keluarganya di Taman Barkeley, Tawau seterusnya menyebabkan jangkitan kepada 43 ahli keluarganya.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri pada hari ini memutuskan untuk mengetatkan SOP (prosedur operasi standard) kemasukan ke Sabah,” katanya.

Masidi berkata JKNS merekodkan 95 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,504 kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 6 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar