web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Nafikan Hak Rakyat Kelantan Terima Bantuan Walaupun Negeri Pembangkang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 3:08PM

Anwar menyampaikan ucapan pada majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Jaya, Jalan Pasir Hor sempena lawatan kerja sehari beliau di Kelantan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Kerajaan tidak menafikan hak rakyat di Kelantan walaupun ia adalah negeri pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata biarpun terdapat perbezaan politik, namun rundingan dan perbincangan sentiasa dilakukan bagi memberi peruntukan terutama dalam soal keagamaan dan kebajikan.

"Rundingan yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sangat diperlukan untuk membantu rakyat.

"Apabila saya menjadi Perdana Menteri, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat dan buat tuduhan palsu untuk sumbat orang dalam penjara, walaupun itu sudah saya lalui, jadi sekarang ini kena runding molek-molek apa yang boleh diselesaikan, kita selesaikan, jangan membebankan rakyat," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Perdana Menteri bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir di sini, hari ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri menyampaikan peruntukan RM7.76 juta untuk projek menyiapkan Masjid At-Takwa Alor Pasir.

Anwar berkata Kelantan menjadi antara negeri menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan MADANI.

"Isu bekalan air dan banjir turut diutamakan kerana ia melibatkan rakyat, malah peruntukan sejumlah RM103,863,258 turut disalurkan kepada golongan imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.

"Dalam Belanjawan MADANI, semua projek diteruskan antaranya tadahan air, naik taraf jalan Pak Badol ke Melor, pembinaan Jambatan Palekbang termasuk beberapa projek baharu Sungai Golok," katanya.

Belliau berkata selain itu keperluan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) yang pernah dihentikan pada 1999 akan dikaji semula tanpa memilih mana-mana kelompok dan biar sama rata kerana menurutnya institusi itu ada peranannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad