web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Percaya Taktik Skim Pelaburan Tidak Wujud Membabitkan TH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 1:44PM

Ada pihak tidak bertanggungjawab (scammer) telah menyamar dan menggunakan nama serta logo TH untuk menawarkan skim pelaburan di platform Telegram - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan pendepositnya agar tidak mudah percaya dengan taktik skim pelaburan tidak wujud membabitkan transaksi pemindahan wang.

Jurucakap TH menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak pernah menawarkan sebarang skim keuntungan yang menjanjikan keuntungan tidak masuk akal. 

"Ada pihak tidak bertanggungjawab (scammer) telah menyamar dan menggunakan nama serta logo TH untuk menawarkan skim pelaburan di platform Telegram. 

"Scammer tersebut turut menubuhkan 'Group Chat' (Tabung Haji & Pelaburan) di Telegram untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah," katanya, hari ini. 

Sehubungan itu, jurucakap TH menyarankan orang ramai, khususnya pendeposit supaya sentiasa berhati-hati dengan pelbagai penipuan yang cuba ditawarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Pada masa sama, agensi kerajaan itu turut menasihatkan masyarakat agar tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

"TH terus komited untuk memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada pendeposit di platform komunikasi rasmi TH.

"Kami menasihatkan supaya pendeposit mahupun orang ramai untuk tidak percaya dengan tawaran dari pihak ketiga.

"Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919," katanya. - Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MCMC Fail Tindakan Sivil Terhadap 2 Saluran Telegram

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar