web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 5:38PM

Profil Dr Mohd Na’im Mokhtar telah digunakan ‘scammer’ untuk memperdaya mangsa menggunakan media sosial - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak pernah terlibat dalam sebarang promosi mana-mana kumpulan menggunakan aplikasi WhatsApp Telegram dan Facebook.

Menegaskan perkara itu, Setiausaha Politik Menteri, Dr Muhamad Razak Idris berkata, pihaknya mengesan penyalahgunaan gambar, profil dan kedudukan Mohd Na’im oleh individu tidak bertanggungjawab.

Susulan insiden jelasnya, laporan polis telah dibuat bagi memastikan perkara tersebut dapat dibanteras pada kadar segera.

“Laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak pernah terlibat mempromosikan sebarang kumpulan di media sosial - Gambar fail
Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak pernah terlibat mempromosikan sebarang kumpulan di media sosial - Gambar fail

Muhamad Razak memberi ingatan, orang ramai perlu berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu, jika menerima sebarang pelawaan yang menggunakan profil atau maklumat peribadi Mohd Na’im, khususnya melalui media sosial. 

“Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Abdul Hanan Abdul Rahman, Setiausaha Akhbar kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal  Ehwal Agama) di e-mel [email protected],” katanya.

Selain Mohd Na’im, scammer juga dikesan menggunakan profil sejumlah besar individu dikenali, termasuk dalam kalangan selebriti dan pempengaruh.

Lebih membimbangkan, mereka juga tidak teragak-agak menggodam akaun media sosial pemimpin negara, semata-mata untuk mencari mangsa.

Akaun Telegram Ahmad Zahid Hamidi juga pernah menjadi mangsa apabila digodam ‘scammer’ - Gambar fail
Akaun Telegram Ahmad Zahid Hamidi juga pernah menjadi mangsa apabila digodam ‘scammer’ - Gambar fail

Kejadian seperti itu pernah menimpa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa tahun lepas apabila akaun Telegram miliknya diceroboh scammer.

Ia mula disedari selepas beberapa individu termasuk pengamal media menerima mesej ‘pelik’ daripada Ahmad Zahid, yang kononnya berada dalam kesusahan dan mahu meminjam sejumlah wang. - Getaran, 1 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad