web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 12:55PM

Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika ditemui media selepas menghadiri Program 'Solat Subuh Macam Jumaat' di Masjid Putra hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ahli Jawatankuasa masjid dan surau disaran mempelbagaikan lagi aktiviti yang boleh menarik minat umat Islam mengimarahkan rumah ibadat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, kerajaan sentiasa menyokong dan mengalu-alukan sebarang usaha sedemikian.

"Kita nak wujudkan gelombang (kedatangan ke masjid) yang besar, kita tak nak one-off sahaja, jadi kita kena pelbagaikan (aktiviti) seperti selain solat subuh, ada program lain seperti berjalan kaki.

"Masjid bukan saja tempat solat tapi tempat untuk kebajikan, pendidikan dan pelbagai aktiviti lain, serta kita nak libatkan anak-anak muda dalam program seperti ini supaya masjid akan nampak lebih diimarahkan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Program 'Solat Subuh Macam Jumaat' di Masjid Putra di sini hari ini yang disertai lebih 3,000 jemaah.

Program itu yang diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Program 'Solat Subuh Macam Jumaat ' itu diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim Zakaria manakala tazkirah subuh pula disampaikan Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.

Usai menunaikan solat subuh, Mohd Naim dan Dr Zaliha menyertai ribuan peserta dalam program Berjalan Sihat sejauh 2.5 kilometer dari Dataran Putra menuju ke Dataran Putrajaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 17 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar