web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

Wang itu ‘dirembat’ menerusi beberapa transaksi di akaun e-wallet yang dihubungkan dengan kad bank

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 10:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan juga penyampai radio, Zahid Baharudin atau Zahid AF pada Ahad berkongsi kisah di mana wang berjumlah RM4,250 di dalam akaun e-wallet isterinya, Nurul Shuhada lesap gara-gara scammer.

Pada hantaran itu Zahid turut menulis kapsyen  yang dia kini tiada perasaan untuk beraya memandangkan wang yang dikumpul  oleh isterinya itu adalah untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Cerita Zahid, kehilangan wang itu disedari oleh isterinya pada pagi Sabtu lalu iaitu ketika mereka baru sahaja bangun daripada tidur.

"Bangun daripada tidur saya lihat isteri menangis, saya ingat ada buat sebarang silap. Saya tanya kenapa, tapi dia tak boleh cakap dan selepas itu dia hubungi bank.

“Daripada situ, saya tahu mesti ada yang tidak kena dengan akaun bank dia. Kemudian itu, dia beritahu duit dalam akaun e-wallet Touch&GO hilang.  Ini memang kerja 'musibat-musibat' itulah, sebab dia tahu hari gaji,” kongsi Zahid.

"Habis hilang semua duit selepas sebulan kumpul nak raya. Jadi saya nak ingatkan kepada semua, janganlah hubungkan akaun e-wallet dengan akaun bank sebab kes sebegini sudah banyak kali terjadi,” tambahnya lagi. 

Menjenguk ke akaun Instagram Shuhada, dia juga turut meluahkan rasa terkilan dengan  kejadian yang menimpa dirinya dan keluarga memandangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk membayar pelbagai komitmen bulanan.

"Kalau RM40 atau ratus boleh pejam mata... ini RM4,250. Licin habis akaun aku. Aku ada komitmen nak bayar rumah, kereta, keluarga di kampung, makan, minyak dan tol. Sekarang semua itu siapa nak tanggung?

“Kalau tak boleh tolong, cukup dengan doakan, bukan cakap benda yang menyakitkan hati,” luah Shuhada apabila ada netizen yang memintanya menghalalkan sahaja wang tersebut dan menganggapnya sebagai bukan rezeki.

Moga dipermudahkan urusan pasangan ini dan Allah gantikan dengan rezeki lain. - Getaran, 1 April 2024 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditipu Individu Menyamar Polis, Suri Rumah Rugi Hampir RM1.5 Juta

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang