web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandelela Diangkat Sebagai Ikon Perpaduan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 1:26PM

Pandelela Rinong - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong diangkat sebagai ikon perpaduan negara baru-baru ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata selain pemimpin, seniman dan legenda sukan, kementeriannya kini turut menjadikan Pandelela sebagai ikon untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.  

“Sekarang ini kita melihat perenang juga menjadi ikon, kita masukkan beliau ke dalam agensi bawah kita seperti Pandelela supaya beliau menjadi ikon di Kementerian Perpaduan Negara,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu sama ada kementerian berhasrat untuk menghasilkan filem pendek mengenai kisah legenda sukan bagi memupuk perpaduan seperti yang dicadangkan beliau.

Untuk rekod, penerjun dari Sarawak berusia 29 tahun itu pernah menjadi Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak pada 2016 dan Ikon Sukan Yakult 2017.

 Aaron berkata Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diangkat sebagai ikon perpaduan turut diperkenalkan kepada golongan belia di negara ini melalui Pameran Eksklusif Seniman Agung P. Ramlee pada Mac lepas.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara tidak terlibat dalam proses pemantauan dan suntingan drama dan filem kerana urusan berkaitan proses penerbitan serta penggambaran filem dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Katanya, urusan pemberian kelulusan ke atas kandungan filem sebelum ditayangkan kepada masyarakat umum pula terletak di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF).

Bagaimanapun, Aaron berkata peranan Kementerian Perpaduan Negara adalah melalui usaha pemantauan melalui sistem e-SEPAKAT bagi setiap isu melibatkan keharmonian dan perpaduan selain melaksanakan program dialog atau perbincangan kefahaman antara agama.

“Kalau masalah (isu) itu lebih ketara, di Jabatan Perpaduan Negara, kita ada Mediator Komuniti yang selalunya menjalankan tugas untuk membuat mediasi ke atas masalah.

“Jika ia lebih ketara, ia akan dirujuk kepada agensi berkaitan seperti PDRM (Polis Diraja Malaysia), MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan),” katanya

Beliau menjawab pertanyaan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mengenai penglibatan kementerian berkenaan dalam proses pemantauan dan suntingan drama serta filem bagi memastikan nilai-nilai kerukunan dalam karya yang dihasilkan selain tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad