web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Sempadan Pulau Pinang-Kedah: Tindakan Akan Diambil Terhadap Penyebar Maklumat Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 5:44PM

Fahmi meluangkan masa beramah mesra dengan Syed Mohd Raiyan Syed Mohd Hilmi, 11 (duduk) ketika melakukan lawatan selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Komuniti MADANI hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TASEK GELUGOR - Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata semua pihak wajib akur dengan kedudukan negeri Pulau Pinang seperti mana termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat, saya serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan juga mengambil apa-apa tindakan yang patut.

"Polis bebas menyiasat di bawah mana-mana Akta, (manakala) Peguam Negara pula boleh memutuskan sekiranya akan membuat pendakwaan mengikut undang-undang yang dirasakan sesuai," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Komuniti Madani di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa tidak ada syak wasangka atau waswas mengenai perkara itu kerana di dalam perlembagaan memang jelas disebut 'Negeri Pulau Pinang'.

Tambahnya jika ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menyebarkan maklumat palsu, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk menyiasat bagi mengekang maklumat-maklumat palsu daripada tersebar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor beberapa hari lepas yang berkaitan dengan Pulau Pinang dan Kedah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar