web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Pastikan Tindakan Ke Atas Telegram Tidak Terlalu Jejaskan Pengguna

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 2:43PM

Fahmi selepas merasmikan program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Kuala Muda di Sungai Petani, hari ini. - Gambar dari Twitter @fahmi_fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Kerajaan akan memastikan sebarang bentuk tindakan yang mungkin dikenakan ke atas Telegram tidak terlalu menjejaskan pengguna platform tersebut.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedar aplikasi tersebut banyak digunakan khususnya oleh komuniti tertentu seperti sekolah dan pengamal media untuk penghantaran video dan imej.

Beliau berkata setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneliti tindakan ke atas Telegram yang sehingga kini pengurusannya masih tidak memberikan kerjasama dengan kerajaan bagi membincangkan isu berkaitan kandungan dan salah guna aplikasi itu.

"Kita akan pastikan sekiranya diputuskan bahawa kerjasama di pihak Telegram tidak begitu positif, maka apa-apa tindakan yang diambil tidak terlalu menjejaskan pengguna.

"Kita beri sedikit masa (kepada pengguna) supaya sekiranya perlu ada peralihan mencari medium platform yang baharu, kita akan maklumkan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Kuala Muda di sini hari ini.

MCMC masih meneliti tindakan ke atas Telegram yang sehingga kini pengurusannya masih tidak memberikan kerjasama dengan kerajaan bagi membincangkan isu berkaitan kandungan dan salah guna aplikasi itu. - Gambar hiasan dari Unsplash
MCMC masih meneliti tindakan ke atas Telegram yang sehingga kini pengurusannya masih tidak memberikan kerjasama dengan kerajaan bagi membincangkan isu berkaitan kandungan dan salah guna aplikasi itu. - Gambar hiasan dari Unsplash

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sebarang tindakan ke atas platform itu masih dalam penelitian MCMC, dengan suruhanjaya itu akan membuat syor kepada kerajaan yang akan membuat keputusan.

"Kita jangka mungkin tidak terlalu lama dari sekarang, pihak kerajaan akan buat keputusan. Kita belum secara terperinci meneliti syor daripada MCMC, tapi insya-Allah dalam masa yang tidak terlalu lama dari sekarang," katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung kandungan dan salah guna aplikasi tersebut yang membimbangkan termasuk penjualan bahan pornografi, dadah dan aktiviti penipuan pelaburan yang sepatutnya dikekang, namun sehingga kini dilihat seperti tidak ada tindakan daripada pihak Telegram.

"Kalau dibandingkan dengan platform lain, mereka memberi kerjasama apabila dijemput hadir untuk bermesyuarat, tidak menjadi masalah, tapi kita lihat pihak Telegram setakat ini belum memberi kerjasama kepada pihak MCMC sebagai badan kawal selia," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Telegram yang dilaporkan tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang bentuk penapisan berkaitan politik, Fahmi berkata pihaknya menyerahkan kepada MCMC untuk berhubung dengan pengurusan platform itu atau mengeluarkan kenyataan balas.

"Bagi saya sebagai anggota pentadbiran (kerajaan) saya melihat keseluruhan dari segi undang-undang dan dasar, sebagai sebuah negara yang berdaulat yang ada kuasa dan hak untuk memutuskan dasar dalam negara, saya percaya undang-undang dalam negara kita mesti dihormati," katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata kementeriannya dalam proses perancangan untuk membina 186 PEDi baharu bagi memastikan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri memiliki sekurang-kurangnya sebuah PEDi untuk dimanfaatkan komuniti setempat.

"Jadi kita jangka makan masa lebih kurang 12 ke 18 bulan untuk membina semua PEDi ini kerana melibatkan dari segi tender dan kontrak, dan ini diusahakan oleh syarikat telekomunikasi melalui kerjasama dengan MCMC," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MCMC Fail Tindakan Sivil Terhadap 2 Saluran Telegram

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Percaya Taktik Skim Pelaburan Tidak Wujud Membabitkan TH

3

Semasa 3 tahun yang lalu

JAKIM Diarah Siasat Wanita Muat Naik Kandungan Lucah

4

Politik 3 tahun yang lalu

‘Dakwaan Itu Palsu, Sekali Baca Pun Boleh Nampak Salah Format…’ – Fahmi

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad