web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta Finas 1981, Kebajikan Pekerja Perfileman Keutamaan KKD - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 6:55AM

Isu kebajikan pekerja dalam bidang perfileman menjadi keutamaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada masa ini. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 dan isu kebajikan pekerja dalam bidang perfileman menjadi keutamaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada masa ini.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata pindaan Akta Finas 1981 masih dalam penelitian pihak KKD sebelum dibawa ke Jemaah Menteri.

“Ini (pindaan) sedang dalam penelitian KKD sebelum dibawa kepada saya dan kemudiannya akan dibawa ke Jemaah Menteri… saya jangka tidak terlalu lama dari sekarang dan kita akan masukkan dalam giliran untuk dibawa ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat umum Industri Kreatif (Industri Filem) di sini malam tadi.

Mengenai penjualan filem cetak rompak di platform e-dagang, Fahmi berkata perkara itu akan dirujuk kepada platform yang terlibat untuk tindakan lanjut.

“Saya dapat aduan secara lisan daripada penerbit atau pembikin filem yang mendakwa filem mereka dicetak rompak dan dijual pada kadar yang sangat rendah di beberapa platform e-dagang.

Esok (hari ini) saya akan hubungi platform tersebut untuk dapatkan kepastian dan jika ya ini berlaku saya akan minta pihak tersebut ambil tindakan serta merta dan jika tidak kita akan lihat peruntukan undang-undang sedia ada untuk tindakan susulan,” katanya.

Pada sesi yang berlangsung lebih tiga jam itu, antara perkara yang dibangkitkan dalam kalangan pemain industri berkaitan cukai hiburan, Dana Kandungan Digital, pindaan Akta Finas 1981, gaji minimum pekerja perfileman dan Skim Wajib Tayang.

Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya berkata kementerian ketika ini sedang meneliti perkara yang boleh dilakukan untuk meminda Akta Finas 1981. 

Beliau juga berkata Finas juga telah diminta untuk melihat semula Skim Wajib Tayang dalam usaha menambah baik skim itu sekali gus bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar