web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keselamatan Siber Satu Tanggungjawab Bersama - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 7:00AM

Abang Johari memalu gong tanda perasmian Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023 semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Keselamatan siber ialah satu tanggungjawab bersama yang memerlukan penglibatan aktif individu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata keselamatan siber adalah satu isu kritikal yang memberi kesan kepada kerajaan, perniagaan dan individu.

“Dengan mendidik diri kita dan mengamalkan amalan digital selamat, kita boleh mewujudkan budaya keselamatan siber yang berkembang melewati persidangan ini,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023, di sini malam tadi.

Beliau berkata dalam dunia yang saling berhubung, dengan kehidupan insan yang semakin mengikut teknologi digital, perlindungan aset dalam talian dan mempertahankan identiti digital menjadi keutamaan.  

“Kemajuan pesat teknologi membawa banyak manfaat tetapi ia juga membuka ruang baharu untuk ancaman dan serangan siber,” katanya.

Dianjurkan oleh  Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), persidangan tiga hari yang bermula semalam menghimpunkan pakar keselamatan siber untuk membincangkan dan berkongsi pandangan terhadap trend, ancaman dan penyelesaian terkini keselamatan siber.

Mengulas mengenai persidangan itu, Fahmi berkata selain daripada sesi yang memberi maklumat, persidangan itu juga menawarkan peluang perangkaian kepada semua peserta.

“Menerusi persidangan ini hubungan dan kerjasama ini, kita dapat perkukuhkan bersama pertahanan keselamatan siber kita.

Saya menggalakkan setiap orang daripada kamu untuk melibatkan diri dalam perbualan yang bermakna, bertukar-tukar idea dan membentuk perkongsian yang akan menyumbang kepada sebuah ekosistem digital yang lebih selamat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar