web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOT Ambil Tindakan Segera Terhadap Laporan SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 5:51PM

Anthony Loke berkata Azam Baki telah bertemu dengannya pada Selasa lepas untuk memberikan maklumat kes-kes tatatertib yang belum diselesaikan di peringkat kementerian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) kini dalam proses mengambil tindakan segera terhadap laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku melibatkan kakitangan sebuah agensi di bawah kementerian itu, kata Menterinya  Anthony Loke.

Loke berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah bertemu dengannya pada Selasa lepas untuk memberikan maklumat kes-kes tatatertib yang belum diselesaikan di peringkat kementerian.

Hasil pertemuan itu, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Jana Santhiran Muniayan untuk memastikan setiap kes tatatertib diambil tindakan segera dan dilapor balik kepada SPRM.

Ditanya jumlah kes tatatertib yang belum selesai semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JTMKJR) Bilangan 1/2023 di sini hari ini, Loke berkata ia adalah isu dalaman dan terdapat juga sejumlah kes yang telahpun diselesaikan namun belum dilapor kepada SPRM.

“Yang penting kita ambil tindakan daripada apa sahaja saranan SPRM. Itu komitmen saya kepada KP SPRM bahawa MOT akan beri kerjasama sepenuhnya. Kes-kes belum diambil tindakan tatatertib akan disusuli dengan kadar segera,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan pendedahan Azam bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka, walaupun SPRM telah mengesyorkan untuk mengambil tindakan, antaranya melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

3

Politik 1 bulan yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar