web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


140 Penumpang Feri Dari Langkawi Ke Kuala Perlis Terkandas 5 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 9:07AM

Seramai 140 penumpang dan kru sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas hampir lima jam akibat kipas tersangkut pada tali hanyut kira-kira 8 malam tadi - Gambar APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Seramai 140 penumpang dan kru sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas hampir lima jam akibat kipas tersangkut pada tali hanyut kira-kira 8 malam tadi.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) feri tersebut terkandas kira-kira  2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis.

"Aset APMM sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau kerja menunda yang dilakukan oleh syarikat feri berkenaan dan semua penumpang selamat tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pada 12.20 tengah malam  tadi," katanya ketika dihubungi  pemberita malam tadi.

Sementara itu Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom ketika dihubungi berkata feri itu terkandas ketika perjalanan berbaki hanya 0.9 kilometer.

"Kipas feri berkenaan tersangkut tali yang dipercayai hanyut di perairan berkenaan menyebabkan perjalanannya tergendala dan kami telah menghantar bot penunda dan semuanya selamat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad