Berita Terkini

35 minit yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 36 minit yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


KPKT Teliti Penyusunan Semula JBPM - Kor Ming

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 1:26PM

Nga Kor Ming berkata penyusunan semula itu akan dilakukan secara berfasa melibatkan naik taraf perjawatan dan pengisian perjawatan sedia ada yang masih kosong serta mempertimbang untuk menambah jumlah keanggotaan JBPM - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti secara komprehensif cadangan penyusunan semula Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menterinya Nga Kor Ming.

Beliau berkata penyusunan semula itu akan dilakukan secara berfasa melibatkan naik taraf perjawatan dan pengisian perjawatan sedia ada yang masih kosong serta mempertimbang untuk menambah jumlah keanggotaan JBPM.

Katanya penyusunan semula itu dilakukan berikutan ketidakseimbangan membabitkan nisbah keanggotaan iaitu lebih 15,000 anggota berbanding 33.57 juta populasi rakyat Malaysia ataupun satu bagi 2,238 rakyat Malaysia, selain jabatan itu menerima lebih 100,000 panggilan kecemasan setiap tahun.

“Ini termasuklah elemen kebajikan seperti kajian semula skim bomba termasuk gaji dan elaun yang berkaitan. Saya yakin JBPM dan Bahagian Sumber Manusia KPKT sedang meneliti kertas cadangan ini sebelum kita angkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Sebagai sebuah organisasi penyelamatan dan kecemasan utama negara, jabatan ini sentiasa bersedia dalam menangani sebarang situasi kecemasan baik kebakaran, kemalangan, khidmat khas mahupun sebarang bentuk bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2023 yang dirasmikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dataran Pahlawan di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklm dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.

Sementara itu Nga berkata Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM206.64 juta menerusi Belanjawan 2023 bagi memperkasa perkhidmatan bomba merangkumi RM46.51 juta bagi perolehan peralatan dan kelengkapan untuk meningkatkan kecekapan dan tahap kesiapsiagaan JBPM, meningkat hampir lima kali ganda berbanding tahun 2022.

“Sukacita saya nyatakan RM18.2 juta peruntukan baharu telah diluluskan untuk perolehan kelengkapan kebombaan dan 12 ekor anjing pengesan.

“(Selain itu) RM129.93 juta bagi pembinaan bangunan JBPM baharu di seluruh Malaysia dan menaik taraf bilik siap siaga di balai bomba sedia ada termasuk penyelenggaraan bangunan dan jentera bomba,” katanya.

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia setiap 4 Mei di seluruh dunia merupakan satu acara penuh simbolik bagi memperingati dan menghargai pengorbanan serta jasa bakti yang diberikan anggota bomba di seluruh dunia.

Sebanyak 30 kontinjen dan 54 unit jentera membabitkan 1,330 peserta menjayakan sambutan dan perarakan hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Air Keruh, Arus Deras Sukarkan Misi Kesan Kanak-Kanak Disyaki Lemas Di Tanjung Malim

2

Semasa 3 hari yang lalu

UMS Hargai Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air - Naib Canselor

3

Semasa 3 hari yang lalu

KPKT Teliti Syarat Tetapkan Pemaju Perumahan Sedia Rumah Mampu Milik

4

Semasa 5 hari yang lalu

Kebakaran Hutan Kuala Langat Dipadamkan Sepenuhnya - Bomba

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Ahli Politik Seperti Pahlawan Di Medan Perang, Kritikan Diberi Umpama Menghunus Pedang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Naik Taraf, Perindah Medan Selera Demi Keselesaan Rakyat - Pakar

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tidak Pernah Jadi 'Barua' DAP - Shahaniza

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Pengeluaran Ketam Di Malaysia 16,000 Tan Metrik Tahun 2022