Berita Terkini

15 minit yang lalu: Anwar hadiri Perhimpunan Agung UMNO 17 minit yang lalu: KPDN rampas barangan berjenama tiruan di Butterworth 18 minit yang lalu: MBI, Petronas Gas meterai MoU bangun loji jana kuasa hidro mini, selenggara terminal 19 minit yang lalu: Lelaki kasari pemandu wanita dipenjara seminggu 20 minit yang lalu: Bekas mufti Perlis meninggal dunia

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Perlu Pastikan Pentadbiran Kuat Untuk Stabilkan Ekonomi - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 3:57PM

Anwar (tengah) ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS), hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan ketersediaan kepimpinan bagi memastikan pentadbiran hari ini kuat dan stabil, sekali gus mampu untuk menstabilkan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana sekiranya kerajaan tidak stabil dan pemacuan ekonomi tidak kukuh, nasib negara khususnya rakyat tidak akan terbela.

“Petang ini Pengerusi Geely, salah satu syarikat automobil kenderaan terbesar negara akan menemui saya dan kemudian akan mengumumkan peruntukan berpuluh bilion.. untuk jadikan Malaysia sebagai markas automobil di rantau ini.

“Sebelum ini kita tahu tentang syarikat Amazon Web Services (AWS) yang bersetuju jadikan Malaysia sebagai pangkalan, banyak negara mohon, Filipina, Indonesia dan lain-lain… semua mengharapkan AWS memilih negara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Aidilfitri pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia MADANI yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.

Anwar berkata keadaan itu disebabkan pelabur berkenaan yakin dengan kepimpinan, kestabilan dan masa depan negara, justeru penekanan kepada kestabilan politik perlu diberi perhatian utama.

“Menteri sebelum ini kata ini jasa mereka, saya tak nafikan ada yang cuba memujuk AWS, tapi mengapa mereka (AWS) hanya jawab setelah Kerajaan Perpaduan dibentuk dan stabil, dia datang sini,” katanya.

Sementara itu Anwar berkata dua lagi pusat data akan diwujudkan dalam negara, sekali gus memberikan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Kita ada satu sistem dunia digital yang besar di Johor, satu lagi akan ditubuhkan di Cyberjaya dan satu belum lagi diputuskan yang akan diumumkan kemudian,” katanya.

Sementara itu perdana menteri mencadangkan mana-mana pihak atau Ahli Parlimen yang merasakan mahu membuat undi tidak percaya terhadap kerajaan, boleh berbuat demikian pada persidangan Parlimen akan datang.

"Jika tidak riuh-rendah, bisik sana bisik sini, 126, 114, ini apa, dan saya berikan laluan. Dahulu mahu bawa usul tidak boleh kerana Perdana Menteri dahulu isytiharkan darurat dan kemudian gantung Parlimen.

"Perdana Menteri sekarang, saya tidak gantung Parlimen, tidak ada darurat, lawan di Parlimen, itu baru cara kita tadbir, sebab apa? Kita mahu matikan keluh-kesah soal kestabilan politik ini, supaya tumpu usaha membela nasib rakyat dan jaga kebajikan rakyat," katanya.

Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir ke majlis berkenaan yang bermula 10 pagi hingga 4.30 petang dengan 52 reruai makanan disediakan untuk dinikmati, termasuk hidangan lemang daun lerek, rendang maman, apam Johol dan cendol. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Anwar Hadiri Perhimpunan Agung UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Segulai Sejalai Jadi Cogan Kata Perpaduan Untuk Seluruh Negara - Anwar

3

Sukan 2 hari yang lalu

Tepati Sasaran 33 Emas, PM Ucap Tahniah Untuk Kontinjen APG 2023

4

Politik 2 hari yang lalu

PAU 2023 Pentas Terbaik Ahmad Zahid Rungkaikan Isu Sokong DAP

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi KBS Buat 7 Ketetapan Martabat Sukan Negara

oleh Farhana Farush

Semasa 17 jam yang lalu

Masalah Sudah Selesai, Tiada Keperluan DAP Minta Maaf Kepada UMNO – Zahid

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 20 jam yang lalu

MUDA Harap Kerajaan Perpaduan Gugur Kes Setiausaha Agung Perhimpunan ‘Mana Kapal LCS?’  

oleh Aiman Sadiq

Semasa 23 jam yang lalu

Pekebun Sayur Samun Wanita, Dipenjarakan 5 Tahun, 3 Sebatan