web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mazli Dilantik Ketua Polis Terengganu Yang Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 12:53PM

Mazli Mazlan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Bekas Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Mazli yang merupakan Ketua Polis Terengganu ke-31 mengambil alih tugas itu daripada Datuk Rohaimi Md Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini. 

Mazli ketika ditemui media berkata beliau akan meneruskan segala strategi yang dirancang kepimpinan terdahulu dalam memastikan indeks jenayah di negeri itu kekal rendah sekali gus memberi impak besar kepada rakyatnya.

"Saya juga akan mencari pendekatan lebih tersusun dan agresif termasuk melipatgandakan kekuatan penguatkuasaan dalam usaha membendung kadar kemalangan di negeri ini," katanya.

Mazli merupakan antara 61 pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertukaran jawatan seperti diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bulan lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Jangan Berarak Atau Main Mercun Jika Menang!’ - Mazli 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Umum Pertukaran Jawatan 10 Pegawai Kanan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wan Hassan Dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

BCorp Umum Pertukaran Lembaga Pengarah

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 4 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar