web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BCorp Umum Pertukaran Lembaga Pengarah

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 10:47AM

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) mengumumkan pelantikan dua Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu dalam lembaga pengarahnya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berjaya Corporation Bhd (BCorp) mengumumkan pelantikan dua Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu dalam lembaga pengarahnya, iaitu Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail dan Tan Sheik Ling, berkuat kuasa semalam.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu turut mengumumkan peletakan jawatan dua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, iaitu Datin Seri Sunita Mei-Lin Rajakumar dan Datuk Hisham Othman, berkuat kuasa semalam.

"Hisham telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif syarikat berkaitan BCorp, Berjaya Assets Bhd (B-Assets) berkuat kuasa 1 Julai 2022," katanya.

Barisan baharu dan perubahan dalam lembaga pengarah, katanya, mencerminkan sejumlah 14 ahli lembaga pengarah dan sembilan pengarah wanita mewakili 64 peratus wakil wanita, jauh melebihi 30 peratus yang disyorkan di bawah Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, B-Assets berkata Hisham mempunyai pengalaman pengurusan tertinggi yang luas dalam pelbagai bidang perniagaan seperti strategi, pelaburan, pengurusan operasi, pengurusan kewangan, pengurusan risiko, pengurusan projek, kualiti, pemasaran dan jualan, pembangunan perniagaan, tadbir urus, pematuhan dan pengurusan pihak berkepentingan.

"Dengan memegang jawatan sebagai CEO dalam pelbagai industri selama bertahun-tahun, Hisham mempunyai pengalaman mendalam yang berharga dalam bidang pembangunan hartanah, pembinaan, lebuh raya, konsesi, infrastruktur, automotif dan pengangkutan.

"Beliau sudah biasa dengan pengurusan projek, reka bentuk, pembinaan, pelaksanaan, penyiapan dan penyelenggaraan projek," katanya.

Hisham adalah pengarah risiko yang berkelayakan dan ahli Institut Pengamal Risiko Perusahaan yang berpangkalan di United Kingdom, serta ahli Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Umum Pertukaran Jawatan 10 Pegawai Kanan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Mazli Dilantik Ketua Polis Terengganu Yang Baharu

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wan Hassan Dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman

4

Semasa 3 tahun yang lalu

GLC, GLIC Perlu Lantik Wakil MTUC Dalam Lembaga Pengarah - PM

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori