web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Hassan Dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 12:00PM

Wan Hassan Wan Ahmad mendahului senarai pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dilantik sebagai CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 22 Mei depan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mendahului senarai pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dilantik sebagai CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 22 Mei depan.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh pula akan menggantikan Wan Hassan sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu dengan memangku pangkat CP.

Menurutnya Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Beliau berkata Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mohd Noor akan menggantikan Mohd Roze sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman SAC Fazlisyam Abd Majid pula dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur yang baharu,” katanya.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azman Ayob dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

“Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman SAC Victor Sanjos pula akan menggantikan Azman sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/Gangsterism Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamad Noor Yusof Ali dilantik sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Johor ACP Awang Din Awang Gani dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak dengan memangku pangkat SAC.

Kesemua mereka adalah antara sembilan daripada 18 pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 22 Mei ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad