web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Lanjut Cuti Sekolah, Jangan Buat Pelajar Ketinggalan Pelajaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:00AM

Kerajaan hanya perlu memastikan pentadbir sekolah mengurangkan aktiviti luar bilik darjah buat sementara waktu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan mendesak ketika ini untuk Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan cuti persekolahan, meskipun cuaca panas melampau sedang melanda negara.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, kerajaan hanya perlu memastikan pentadbir sekolah mengurangkan aktiviti luar bilik darjah buat sementara waktu.

Menurut beliau, penangguhan atau lanjutan cuti hanya akan merencatkan proses pembelajaran yang akhirnya mengakibatkan sukatan pelajaran tidak sempat dihabiskan.

Dr Anuar Ahmad - Gambar fail
Dr Anuar Ahmad - Gambar fail

"Ramai ibubapa tak setuju cuti sekolah dilanjutkan kerana bimbang pembelajaran anak-anak akan terjejas, malah guru juga membangkang lantaran banyak topik dan silibus yang perlu diselesaikan.

"Pada masa sama, ibubapa juga mencadangkan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan. Mereka mohon semua aktiviti ko-kurikulum di kawasan lapang dibatalkan sepenuhnya," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas desakan segelintir pihak yang mahu cuti sekolah dilanjutkan, ekoran cuaca panas melampau ketika ini.

Sebagai jalan penyelesaian Anuar berkata, pihaknya mencadangkan agar pelajar diberi kelonggaran untuk memakai baju-T sukan yang bersesuaian ketika mengikut sesi pembelajaran.

Jelasnya, pemakaian tali leher dan pakaian seragam sekolah bukan sahaja merimaskan, bahkan tidak praktikal selepas mengambil kira keadaan cuaca ketika ini.

"Ibu bapa juga mengharapkan agar pihak sekolah dapat pastikan kipas angin dan penghawa dingin berfungsi sepenuhnya. Beri perhatian pada sistem pengudaraan di bilik darjah. 

"Kipas adalah kemudahan utama bilik darjah dan asrama. Perlu segera dibaik pulih kalau rosak, jika tidak ia boleh memudaratkan pelajar," katanya. 

Selain mengalakkan pelajar membawa bekalan air minum daripada rumah, Anuar turut mencadangkan pihak sekolah menyediakan kemudahan air minuman untuk kemudahan pelajar.

Katanya, guru juga perlu memastikan pelajar sudah meminum air sebelum bermulanya sesi persekolahan. 

"Murid-murid tidak boleh dibiarkan  berdiri atau berkumpul di kawasan lapang tanpa kawasan teduh atau berbumbung, terutama ketika menunggu ibu bapa untuk pulang dari sekolah. 

"Adalah sangat baik jika semua guru maklum tentang simptom dan gejala awal strok haba. KPM boleh mula edarkan poster berkaitan gejala strok haba di kalangan kanak-kanak.,Bilik kesihatan sekolah juga perlu diletakkan dalam keadaan siap siaga," katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pediatrik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Gan Chin Seng turut melahirkan pendapat senada.

Katanya, pihak sekolah perlu mengelakkan murid daripada berjemur di bawah matahari.

Menurut beliau, konsep cuti sempena musim panas tidak pernah timbul di Malaysia selama ini.

“Ia hanya disebut baru-baru ini apabila berlaku cuaca yang terlampau panas. Pentabdir sekolah perlu memastikan pengudaraan yang baik dalam kelas dan menghentikan semua aktiviti luar atau berjemur.

“Ini merupakan ‘trend’ di bawah perubahan cuaca dunia, oleh itu tindakan yang lebih sesuai adalah menyelaraskan kemudahan dan aktiviti," katanya. 

Susulan daripada perubahan cuaca global tambahnya, sesetengah negara seperti India dan Sri Lanka mencatatkan suhu yang lebih tinggi daripada Malaysia.

“Melanjutkan cuti hanya akan menyebabkan gantian kelas dan menganggu perancangan semua pihak,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad