web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Santai Berkain Pelekat Tonton Perlawanan Catur Bersama Cucu, Anwar Tarik Perhatian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:04AM

Perdana Menteri berkongsi foto beliau menonton perlawanan catur dunia bersama seorang cucunya - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perkongsian ‘aktiviti santai’ di rumah malam tadi selepas sibuk menjalankan tugas rasmi dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial menarik perhatian warga maya.

Menerusi hantaran di Facebook itu, Perdana Menteri berkongsi foto beliau yang mengenakan kemeja-T berkolar warna putih dan kain pelekat bercorak ‘kotak-kotak’ sambil memegang minuman, menonton perlawanan catur dunia bersama seorang cucunya.

“Menonton perlawanan catur dunia bersama cucu.

“Tahniah Ding Liren dari China yang dinobatkan sebagai juara dunia setelah menewaskan Ian Nepomniachtchi,” tulisnya menerusi keterangan di hantaran itu.

Ding Liren muncul juara dunia ke-17 selepas menewaskan Ian dalam perlawanan akhir Kejuaraan Dunia FIDE 2023 yang sengit sehingga membawa persaingan ke masa tambahan, selepas kedua-dua pemain terikat pada kedudukan sama.

Selain merangkul gelaran dunia, Ding menerima €1.1 juta untuk kemenangannya, manakala Ian bakal menerima €900,000.

Menerusi ruangan komen, selain turut memberi ulasan mengenai perlawanan itu, rata-rata netizen teruja melihat Anwar sedang berehat bersama keluarga, ekoran beliau sentiasa memiliki jadual kerja padat dan program di seluruh negara.

“Selamat beristirehat PMX (PM-10). Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Fatimah.

Steady boss. Pagi tadi Kuala Lumpur, Sabah, Putrajaya. Kekal bertenaga. Moga Allah permudahkan urusan PM (Perdana Menteri),” tulis Ahmad

“Semua aktiviti, gaya hidup, pemikiran, pergaulan, kerjaya dan prinsip berjaya disusun mengikut acuan serta landasan betul sebagai seorang insan berkualiti...Respect DSAI PMX,” puji Izam.

“Walau sesibuk mana pun tetap bersama keluarga walaupun sekejap...contoh insan MADANI. Semoga Datuk Seri sentiasa dalam peliharaan Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk menjadi ketua negara tersayang, amin,” ujar netizen.

“Hebat, DSAI melayani cucunya masih steady dan sentiasa memberi masa untuk spend time (luangkan) bersama keluarga tercinta,” komen seorang pengguna.

“Kurangkan minum manis malam-malam Datuk. Jaga kesihatan ye,” kata Hazrin.

“DSAI super PM…Tidak mengenal penat lelah sentiasa memperjuangkan nasib rakyat dari dulu hingga kini,” respon Aug. – Getaran, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad