web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Mahu Noktahkan Kemiskinan Tegar Seluruh Negara - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 3:03PM

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (tengah) berkenan bergambar bersama Anwar Ibrahim (dua, kiri) sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI hari ini. Turut hadir, Muhammad Sanusi Md Nor, Saifuddin Nasution Ismail dan Norizan Khazali. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR -  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan berhasrat menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini yang disifatkannya sebagai mengaibkan bagi sebuah negara yang mempunyai kekayaan khazanah seperti minyak dan gas.

Perdana Menteri berkata antara negeri-negeri yang masih mencatatkan jumlah kemiskinan tegar yang tinggi adalah Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Tanpa kecuali, kita akan pastikan masalah kemiskinan tegar ini akan dapat ditangani dengan baik, dan di Kedah melalui program-program, Kerajaan Perpaduan MADANI akan menoktahkan jumlah kemiskinan tegar di seluruh negeri Kedah.

"Saya minta seluruh jentera kerajaan Persekutuan, jentera kerajaan negeri dan majlis perbandaran untuk membantu ke arah ini kerana adalah mengaibkan bagi negara yang mempunyai keupayaan dengan khazanah besar, minyak dan gas, kelapa sawit dan pelbagai industri (tetapi) tidak boleh menyelesaikan soal asas, yakni kemiskinan tegar dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikan ketika menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih sempena keberangkatan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di sini hari ini.

Anwar berkata Kedah adalah negeri yang diberikan tumpuan oleh kerajaan Persekutuan, yang memutuskan untuk memberikan satu peruntukan perbelanjaan yang tinggi kepada negeri itu berbanding tahun-tahun sebelumnya yang mencecah RM1.6 bilion untuk tahun ini.

Beliau berkata jumlah itu tidak merangkumi beberapa langkah lain seperti bantuan untuk sekolah dan klinik daif, selain projek-projek bekalan air di beberapa daerah di Kedah.

"Baru-baru ini bila saya ke China ada cadangan untuk meningkatkan pelaburan di Kulim Hi-Tech Park, dan untuk pengetahuan rakyat saya memberi jaminan untuk berikan kerjasama penuh bagi mempercepatkan proses itu.

"Insya-Allah dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan berkenaan, ini akan dapat memacu pertumbuhan yang lebih bermakna di Negeri Kedah Darul Aman," katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata ada beberapa permohonan lain untuk Kedah yang akan dipertimbangkan, dan beliau menekankan bahawa kerajaan akan terus memelihara nasib rakyat termasuk di negeri-negeri yang tidak bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata kerajaan juga menerusi Belanjawan MADANI yang dibentangkan baru-baru ini telah menambah bantuan kepada pesawah padi yang merupakan rekod tertinggi berbanding peruntukan pada tahun sebelum ini. 

Beliau berkata jumlah peruntukan yang diumumkan dalam belanjawan itu menunjukkan negara mempunyai keupayaan dengan memastikan semua pihak dapat bermuafakat menguruskan ekonomi negara, membawa pelaburan dan perbelanjaan tertumpu kepada kepentingan rakyat.

"Sebab itulah soal yang amat ditekankan dalam negara adalah soal pengurusan dan tata kelola kerajaan Malaysia, dan saya percaya Kedah mampu diangkat sebagai negara makmur, negara berjaya, negara cemerlang, negara MADANI, andai kata kita dapat urus negara dengan baik, menolak amalan dan kebobrokan rasuah di samping penyalahgunaan kuasa, dan menggunakan seluruh kekuatan jentera untuk menjaga kebajikan rakyat dan keharmonian semua kaum," katanya.

Mengulas mengenai sambutan rumah terbuka hari ini, Anwar berkata ia adalah kali pertama diadakan majlis besar-besaran bersama rakyat dihadiri oleh bukan sahaja menteri-menteri, tetapi juga dengan kehadiran ramai duta-duta dan pesuruhjaya tinggi, jumlah paling ramai di luar dari Putrajaya dan Kuala Lumpur.

"Majlis ini adalah untuk rakyat bersama dengan pimpinan, bagi menyatakan penghargaan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kita tanpa mengira kaum, parti (politik) atau agama.

"Inilah kekuatan yang ada dalam masyarakat Malaysia ini dan untuk kita maju terus meningkat sebagai negara MADANI yang boleh memangkin melalui beberapa program dan juga memacu pertumbuhan yang bermakna hanya dengan kesatuan yang ampuh," katanya.

Majlis turut dihadiri dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta barisan jemaah menteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

4

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar