web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boy Iman Antara 4 Didakwa Tipu Urusan Jual Tapak Hooray X Fest

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 7:00PM

Noruliman (dua, kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, minggu lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit Boy Iman antara empat individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya.

Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, Nor Azmi Jantan, 49, Norazah Sahud dan Norzana Rapie @ Rafie, masing-masing 51 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Kesemua mereka didakwa menipu Siti Wardina Basir dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan ‘booth’ atau penyewaan tapak Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini, sehingga  menyerahkan RM1,500 pada 2.34 pagi, 19 April lepas di WTC.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noraisyah Mohamed Zanyuin menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 kepada setiap tertuduh, bagaimanapun peguam Mohamad Syakir Mohamad Fawzi yang mewakili Boy Iman dan Nor Azmi memohon jumlah itu dikurangkan kerana kedua-dua anak guamnya menanggung keluarga.

Peguam Ernest Azad yang mewakili dua lagi tertuduh turut memohon mahkamah supaya mengurangkan jumlah ikat jamin terhadap anak guamnya.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 13 Jun ini bagi sebutan semua kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Video & Galeri 19 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad