web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Nazrin Berangkat Ke Majlis Aidilfitri K’jaan Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 9:17PM

Sultan Nazrin Shah berkenan melambai ke arah orang ramai ketika baginda berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 3.10 petang disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan beberapa orang kenamaan.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Seramai kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum menghadiri majlis itu bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan seperti ketupat, lemang, rendang, ayam golek dan minuman.

Sementara itu, Saarani dalam ucapannya berkata kehadiran rakyat berbilang kaum pada majlis itu sekali lagi menjelmakan kekuatan dan keunikan rakyat Malaysia, khususnya di Perak, yang sentiasa bermuafakat membina kesentosaan di sebalik kerencaman budaya, kaum dan agama.

“Ia sewajarnya diinsafi bahawa kerukunan hubungan kaum yang dipertahankan sejak era pra-merdeka sudah mula luntur sedikit demi sedikit sejak kebelakangan ini, apabila wujudnya pelbagai dakyah yang sengaja direkayasa bagi menimbulkan sentimen kebencian dan permusuhan,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat Perak memacak azam jitu untuk menyuburkan kembali semangat kebersamaan dengan mempertahankan keamanan, menyemarakkan obor perpaduan dan bahu-membahu menolak perpecahan.

“Saya mengajak kita semua untuk sentiasa menjunjung titah hasrat Paduka Seri Tuanku supaya keharmonian rakyat berbilang kaum sentiasa dipertahankan daripada percikan api perkauman serta memelihara negeri dan negara tercinta ini daripada bahana persengketaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Saarani Nafi Spekulasi Gerakan Tumbang Kerajaan Negeri, Malah Tegaskan Ia Kuat Dan Stabil

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sultan Perak Perkenan Belia Baca Khutbah Jumaat, Esok

3

Semasa 3 tahun yang lalu

MB Perak Kesal Video Kenyataan Isu Tanah Rizab Melayu Dimanipulasi, Disebar

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pemilihan UMNO: Saarani, Tengku Zafrul Menang Tanpa Bertanding, Khir Toyo Buat Kemunculan Semula

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad