web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: Saarani, Tengku Zafrul Menang Tanpa Bertanding, Khir Toyo Buat Kemunculan Semula

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 7:35PM

Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata beliau dimaklumkan Bahagian Lenggong hanya menyaksikan pertandingan di peringkat Wanita dan Timbalan Pengerusi Tetap.

"Di Lenggong, yang saya dimaklumkan akan ada pertandingan di peringkat Wanita sahaja. Ketua Wanita ada dua calon, Naib Ketua Wanita pun ada dua calon, selepas itu jawatankuasa ada ramailah.

"Pengerusi Tetap bahagian tak bertanding, Timbalan Pengerusi Tetap bahagian ada dua calon," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 di sini hari ini.

Saarani juga berkata UMNO Perak akan menyokong calon dari negeri itu bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Mereka ialah Ahli MT UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda UMNO Perak Datuk Mohd Ariff Abdul Majid dan Ketua UMNO Bahagian Beruas Datuk Dr Azhar Ahmad.

Di SELANGOR, bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo mencabar penyandang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos bagi merebut jawatan itu, kata Bendahari Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Kamaruzzaman Johari.

Beliau berkata bekas exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Iskandar turut membuat kemunculan semula dengan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat menentang penyandangnya, Datuk Zurihan Yusop.

Kamaruzzaman juga berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja manakala Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abd Aziz kekal menyandang jawatan itu susulan tiada pencabar. 

“UMNO Selangor menyaksikan pertandingan empat penjuru di dua kawasan iaitu Kuala Selangor dan Puchong, tiga penjuru di Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam manakala 15 bahagian berdepan saingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tujuh individu bertanding bagi jawatan Ahli MT UMNO iaitu Tengku Zafrul, Jamal, Johan, Ketua Bahagian Hulu Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Setiausaha Wanita UMNO Datuk Rosni Sohar, Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil dan Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan. 

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini. 

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad