web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MB Perak Kesal Video Kenyataan Isu Tanah Rizab Melayu Dimanipulasi, Disebar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 1:26PM

Saarani Mohamad - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya berhubung isu berkenaan, sebaliknya ia dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebencian.

"Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin parti politik yang menggunakan video yang diedit itu untuk melemparkan kecaman dan maki hamun. Maki hamun yang dilemparkan pula tidak bersandarkan fakta dan hujah yang benar," katanya menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut menyertakan video asal sidang media berhubung isu itu pada 12 April lepas. 

Saarani berkata beliau berharap pihak berkenaan supaya bermuhasabah, cermat dan berhati-hati memainkan isu yang boleh mengundang kekeliruan serta kebencian.

Beliau sebaliknya berkata usaha untuk menambah jumlah tanah rizab Melayu di Perak terus dipertingkatkan sehingga jumlahnya merekodkan peningkatan saban tahun.

Katanya setakat tahun lepas, sejumlah 953,075 hektar Tanah Rizab Melayu telah diwartakan di Perak.

"Jumlah ini dijangka meningkat kerana ketika ini Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang mewartakan 996.04 hektar lagi kawasan Tanah Rizab Melayu yang akan diberikan hak milik kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

"Pada masa sama, saya telah arahkan PTG supaya jika terdapat keluasan tanah tertentu yang dibatalkan status rizab Melayu disebabkan pembangunan, ia mesti diganti dengan nilai setimpal atau keluasan sama atau lebih," katanya.

Menurutnya beliau konsisten dengan pemansuhan tanah rizab Melayu yang tidak boleh dibuat sewenang-wenang sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan pembangunan kemudahan awam seperti pembinaan hospital, sekolah dan sebagainya.

"Saya maafkan semua yang mencerca dan memaki hamun kerana saya mahu bersangka baik mereka tidak tahu cerita sebenar. 

"Kepada pihak yang edit video saya semata-mata untuk menimbulkan amarah dan kebencian, saya mendoakan moga diberi hidayah oleh Allah SWT untuk selalu dijernihkan hati melakukan kebaikan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek