web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saarani Nafi Spekulasi Gerakan Tumbang Kerajaan Negeri, Malah Tegaskan Ia Kuat Dan Stabil

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 11:01AM

Saarani menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan spekulasi terdapat gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan Perak, malah menegaskan kerajaan negeri kini kuat dan stabil.

Saarani berkata dakwaan Ketua Pembangkang Perak Razman Zakaria bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan ada berjumpa dengan beliau (Razman), sengaja dibuat untuk mewujudkan persepsi kononnya terdapat pergeseran dan ketidakstabilan dalam kerajaan negeri.

Menurut Saarani persepsi negatif yang sengaja diwujudkan itu boleh menggugat kepercayaan para pelabur, sekali gus mengundang risiko kepada pembangunan negeri.

"Kita sedang bertungkus-lumus untuk menarik seramai mungkin pelabur, membawa sebanyak mungkin pelaburan ke dalam negeri ini dan mereka akan melabur dengan jumlah wang yang begitu besar, berbilion-bilion ringgit. Dia (pelabur) perlukan masa yang panjang untuk melabur dan (mendapat) pulangan semula. 

"Perlu ditegaskan bahawa kerajaan negeri bukan sahaja kuat dan stabil, malah semakin kukuh dengan didorong semangat kebersamaan, sifat bertanggungjawab dan kesungguhan termasuk untuk menjayakan setiap agenda yang digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030," katanya pada sidang media sebelum bermulanya persidangan DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Pada sidang media itu, kesemua ADUN di bawah Kerajaan Perpaduan Perak hadir bersama Saarani, kecuali ADUN Kepayang, Nga Kor Ming kerana kini berada di Jepun dan ADUN Keranji, Koo Haai Yen yang hadir lewat.

Semalam, media melaporkan Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak mendakwa beberapa Ahli DUN (ADUN) kerajaan ada berjumpa dengan beliau ketika khabar angin wujud gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan Perak.

Sementara itu, Saarani berkata beliau menasihatkan semua pihak terutama Razman untuk berpolitik secara bertanggungjawab dengan tidak mencetuskan polemik yang tidak mendatangkan manfaat kepada negeri.

Beliau berkata Perak baru sahaja menubuhkan kerajaan selama enam bulan dengan setiap pemimpin sedang memberi fokus menguatkan kerajaan selain membuat persiapan bagi meneruskan pelan Perak Sejahtera 2030.

"Saya juga mengajak semua rakan-rakan parti politik termasuk pembangkang untuk bermuhasabah, menyuburkan politik matang dengan memberi idea atau teguran demi kebaikan rakyat dan kemajuan negeri, bukan mencipta persepsi, yang akhirnya mengundang ketidakstabilan," katanya.

Ketika ditanya sama ada laporan polis akan dibuat berikutan kenyataan Razman itu boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat, Saarani berkata: “Tak mustahil kita akhirnya akan membuat laporan polis sebab itu merupakan kenyataan berbaur hasutan,". - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Elak Ideologi Takfiri Siyasi, Kenyataan MB Kelantan Perlu Diperbetul - Mujahid

2

Politik 2 tahun yang lalu

'Sudah-Sudahlah, Saya Tak Buat Salah Pun' - Sanusi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ahmad Samsuri, 10 Exco Angkat Sumpah Untuk Penggal Kedua

4

Politik 2 tahun yang lalu

Beri Peluang Kerajaan Perpaduan, Kestabilan Di Selangor Harus Diteruskan - Amirudin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad