web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Samsuri, 10 Exco Angkat Sumpah Untuk Penggal Kedua

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 5:10PM

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar buat penggal kedua hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu melafazkan sumpah di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 3.18 petang tadi di Istana Syarqiyyah di sini. 

Turut terbabit dalam istiadat berkenaan ialah 10 ADUN lain untuk mengisi portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.  

Daripada 10 nama berkenaan, empat nama ialah muka baharu iaitu ADUN Kijal, Razali Idris, ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, ADUN Tepuh, Hishammuddin Abdul Karim dan ADUN Ajil, Maliaman Kassim. 

Baki enam lagi ialah bekas Exco yang dilantik semula iaitu ADUN Paka, Datuk Satipul Bahari Mamat, ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim, ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah, ADUN Alur Limbat, Arifin Deraman, ADUN Cukai, Hanafiah Mat dan ADUN Kota Putera, Khuzaini Abd Rahman. 

Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN. 

Kemenangan tersebut melakar sejarah apabila DUN Terengganu pada penggal akan datang tidak lagi diwakili pembangkang. - Getaran, 15 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek