web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istana Negara Nafi Keluar Kenyataan Berhubung Isu Rakyat, Prestasi Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:07AM

Menerusi hantaran di Facebook, Istana Negara memaklumkan, dakwaan bahawa pihaknya membuat kenyataan itu semalam yang kemudian tular di media sosial adalah palsu - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan media berhubung perkembangan isu semasa berkaitan rakyat, selain prestasi pentadbiran kerajaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Istana Negara memaklumkan, dakwaan bahawa pihaknya membuat kenyataan itu semalam yang kemudian tular di media sosial adalah palsu.

“Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti dipaparkan dan tular di media sosial, hari ini (semalam).

“Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media,” menurut hantaran berkenaan.

Semalam, tular kenyataan media didakwa dikeluarkan Istana Negara yang mengandungi ‘kemurkaan’ Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai keadaan rakyat serta status semasa pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku memandang berat isu semasa, khususnya melibatkan kebajikan rakyat dan perkhidmatan awam.

“Tuanku juga mengambil serius isu sedang melanda perkhidmatan awam negara, terutama melibatkan integriti Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

“Tuanku amat murka sikap sambil lewa diambil kerajaan dalam menangani isu melibatkan perkhidmatan awam kerana ia menjejaskan imej dan kualiti perkhidmatan awam, serta memberi kesan kepada Tuanku,” menurut antara kandungan kenyataan media palsu itu. – Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad