web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tawar Harga Simen Berpatutan, Peruntukan Turap Jalan Persekutuan 1 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 3:53PM

Kerajaan Perpaduan akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju perumahan mampu milik. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Demi merealisasikan hasrat memberi keutamaan berhubung penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat, terutama dengan kos bahan mentah yang semakin meningkat, Kerajaan Perpaduan akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju perumahan mampu milik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta.

Katanya, ikhtiar itu menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40, dengan pengurangan harga rumah maksimum hingga RM5,000 mengikut jenis serta harga rumah.

“Mengambil kira pengurangan harga simen ini berbanding harga pasaran, ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang diberikan pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan.

“Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit,” katanya menerusi Perutusan Khas Sempena Perayaan Aidilfitri 2023 hari ini.

Anwar berkata, menerusi hasil Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023 dipengerusikannya hari ini, Kerajaan Persekutuan amat memahami kepentingan dan keperluan penyelenggaraan berkala di Jalan Persekutuan, bagi memastikan ia sentiasa selamat serta selesa untuk kegunaan rakyat.

Jelasnya, ia khususnya membabitkan masalah jalan raya berlubang sebagai antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, kerajaan akan menambah peruntukan tambahan sebanyak RM250 juta untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan, dengan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.

“Maka, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion,” katanya. - Getaran, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar