web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis Sudan: Wisma Putra Usaha Sedaya Upaya Bawa Pulang Rakyat Malaysia - Zambry

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 7:05AM

Konflik di Sudan, yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu. - Gambar dari Twitter @Spriter99880

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat susulan konflik di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata Wisma Putra juga telah berhubung dengan beberapa buah negara sahabat seperti Arab Saudi, Turkiye, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, China, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu proses membawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sebaik keadaan mengizinkan.

 Zambry Abdul Kadir - Gambar fail
Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

“Pada masa ini, katanya keadaan di negara itu masih lagi tegang akibat pertempuran di antara kedua-dua pihak bertelagah yang dilaporkan masih sengit khususnya di kawasan-kawasan strategik di Khartoum.

Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum masih belum dibuka kembali dan ini menyukarkan perancangan untuk membawa keluar rakyat-rakyat asing dari pelbagai negara termasuklah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Konflik di Sudan, yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dalam hantaran di laman Facebook Istana Negara menyarankan agar kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan kerajaan memantau rapi konflik berlaku di Sudan dan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu sekiranya situasi semasa memberi risiko kepada keselamatan mereka.

Mengulas lanjut, Zambry berkata kesemua 29 rakyat Malaysia mengikuti nasihat yang dikeluarkan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum untuk terus berada di tempat masing-masing.

Beliau berkata Wisma Putra telah mengaktifkan “Operasi Sudan” yang bertugas 24 jam sejak krisis di Sudan berlaku dan pasukan khas yang disertai beberapa agensi itu telah membuat persiapan dan perancangan rapi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Sudan dipelihara.

“Pasukan Khas ini juga sedang berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum mengenai kaedah yang paling selamat untuk menambah bekalan keperluan asas khususnya makanan dan ubat-ubatan kepada kesemua mereka di Sudan,” katanya. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tehran, Khartoum Setuju Pulihkan Hubungan, Buka Semula Kedutaan

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Angka Kematian Di Sudan Meningkat Kepada 850 Orang 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Konflik Sudan: 3 Lagi Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Lusa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Bawa Keluar 2 Rakyat Malaysia Di Sudan Jika Keadaan Memerlukan - Zambry

Sorotan

1

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

3

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

5

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 minit yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran