web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angka Kematian Di Sudan Meningkat Kepada 850 Orang 

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 7:05AM

Sudan Doctors Syndicate juga melaporkan 3,394 orang awam cedera dalam keganasan itu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KHARTOUM - Angka kematian akibat pertempuran berterusan di Sudan antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 850 sejak 15 April, menurut pakar perubatan tempatan pada Sabtu, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Sudan Doctors Syndicate berkata 3,394 orang awam cedera dalam keganasan itu.

Pada Khamis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata angka kematian sebanyak 832 dan 3,329 yang lain cedera.

Selepas perbincangan bersemuka di Arab Saudi, tentera Sudan dan RSF menandatangani perisytiharan komitmen pada 11 Mei untuk melindungi orang awam, namun pertempuran masih berterusan antara kedua-dua pihak, terutama di Khartoum.

Sudan tidak mempunyai kerajaan sejak Oktober 2021 apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat dalam satu "rampasan kuasa".

Tempoh kerajaan peralihan Sudan yang bermula pada Ogos 2019 selepas penyingkiran Presiden Omar al-Bashir dijadual berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024. - Bernama/Anadolu

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tehran, Khartoum Setuju Pulihkan Hubungan, Buka Semula Kedutaan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Konflik Sudan: 3 Lagi Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Lusa

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Bawa Keluar 2 Rakyat Malaysia Di Sudan Jika Keadaan Memerlukan - Zambry

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Perang Di Sudan: Pihak Terlibat Setuju Gencatan Senjata Dilanjutkan 72 Jam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad