web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cencaru Bakar RM1.50 Laris Hingga 2,000 Terjual Setiap Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 12:13PM

Harga rendah yang ditawarkan itu membuatkan mereka berjaya menjual hingga 2,000 ekor setiap hari sepanjang Ramadan ini. - Gambar hiasan myresipi.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Sebuah gerai milik dua beradik di sini mencuri tumpuan orang ramai apabila mereka menjual ikan cencaru bakar hanya pada harga RM1 hingga RM1.50 seekor bergantung pada saiz.

Harga rendah yang ditawarkan itu membuatkan mereka berjaya menjual hingga 2,000 ekor setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Pemilik gerai, Zuhairi Hashim, 33, berkata dia menggunakan kira-kira 200 kilogram (kg) ikan cencaru segar yang didatangkan dari Tok Bali, Pasir Puteh, setiap hari.

Dia yang juga berasal dari Tok Bali, dibantu adik-beradiknya dan ahli keluarga yang lain bagi menyediakan rempah dan kerja-kerja membersihkan ikan. 

“Kami bersama-sama menyiapkan rempah pada waktu malam dan mula menyiang ikan pada sebelah pagi selepas memperolehnya daripada pembekal. 

“Proses penyediaan rempah biasanya memakan masa empat ke lima jam dan dibuat setiap hari untuk menjamin kesegarannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di gerainya di Bandar Utama, di sini. 

Adiknya, Ahmad Aiman Hashim, 24, pula berkata sepanjang Ramadan ini mereka beroperasi bermula 3 petang hingga 7 petang, selain turut menjual ikan terubuk bakar pada harga RM17 seekor sebagai pilihan kepada pelanggan. 

“Niat asalnya selain berniaga kami juga ingin bersedekah. Alhamdulillah, walaupun untungnya kecil kita dapat membantu orang ramai untuk mampu membeli dan menikmati ikan bakar perapan rempah buatan kami sendiri. 

“Cencaru yang dijual adalah bersaiz kecil dan hidangan seekor sehingga dua ekor ikan mencukupi bagi seorang pelanggan makan,” katanya. 

Seorang pelanggan, Muhammad Saifullah, 24, berkata dia merupakan pengunjung tetap gerai tersebut bagi mendapatkan ikan bakar sebagai lauk berbuka puasa.  

“Bagi saya harga ini memang lebih daripada mampu milik dan kita tidak akan berjumpa harga sebegini di Gua Musang. Rasanya tetap sama dengan ikan bakar di warung lain yang dijual pada harga RM4 seekor,” katanya. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad