Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Walaupun usia sudah melepasi separuh abad, pasangan Ridzuan Talib dan Rajamah Man masih gigih mencari buah kabung di kawasan hutan di sekitar rumah mereka

Kisah Kita Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Mar 2024 4:05PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIT - Dalam usia melepasi separuh abad pasangan suami isteri, Ridzuan Talib, 71, dan Rajamah Man, 60, dari Kampung Tua, Tanjung Belanja dekat sini masih gigih mencari buah kabung atau buah kanto yang terhasil daripada pokoknya yang meliar di sekitar kawasan hutan sekitar sini.

Isi buah yang mempunyai rasa enak dan lembut jika dicampur dalam masakan mahupun minuman ini mempunyai permintaan tinggi, terutama ketika bulan Ramadan dan menjadi makanan tradisi masyarakat di sini serta 'wajib' ada setiap kali bulan puasa menjelma.

Pasangan ini telah mengusahakan jualan buah kabung diproses ini sejak kira-kira 40 tahun lalu bagi memenuhi permintaan penggemarnya.

Ridzuan mengaku proses penyediaan isi buah kabung memang memakan masa di samping memerlukan teknik tertentu, dan oleh kerana ramai yang enggan mengusahakan jualan buah ini, pekerjaan ini semakin dilupakan.

"Kami ada pembeli serta pemborong tetap dari kawasan lain yang akan menelefon untuk membeli buah ini apabila tiba bulan puasa, mana yang sudah biasa mereka akan datang sendiri ke rumah, jadi selagi ada kudrat saya dan isteri akan usahakan.

"Kami hanya buat isi buah kabung yang sudah diproses sahaja, kalau kita lihat yang bergantung di gerai tu sudah dimasak dengan sirap atau pandan, kalau yang mentah saya jual pun boleh mencecah purata 30 kilogram sehari," katanya ketika ditemui BERNAMA di sini.

Beliau berkata, tidak semua orang mampu bertahan mencari buah itu kerana sifat semula jadi buah berkenaan yang menyebabkan rasa gatal dan miang jika getahnya terkena kulit.

"Tidak semua orang sanggup memanjat pokok kabung bagi memotong tandan buahnya, itu belum lagi kesan calar pada badan ketika memanjat yang sudah menjadi kebiasaan. Sejak 10 tahun kebelakangan ini ramai pengusaha yang sudah meninggalkan perniagaan ini.. mungkin mereka rasakan tidak berbaloi atau penat menghadap proses menghasilkannya," katanya.

Beliau berkata, walaupun terlalu sedikit pengusaha buah kabung ketika ini, namun beliau dan isteri sedaya upaya berusaha memastikan ia terus muncul di pasaran terutama ketika Ramadan untuk dijadikan juadah pemanis mulut ketika berbuka puasa.

"Tahun ini Tuhan masih berikan kudrat kepada saya untuk hasilkan isi buah kantor dan saya bersyukur ada tunggal lelaki, Niat Ridzuan, 33, menunjukkan minat untuk mengusahakan perusahaan ini.

"Jika saya tiada kelak saya sudah ada pewaris untuk usahakan makanan tradisi yang begitu popular di Perak Tengah dan menjadi harapan saya supaya buah kanto ini akan terus menjadi makanan tradisi untuk generasi akan datang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Sumbangan Ramadan Di KL Hanya Boleh Disalur Di 3 Lokasi - Dr Zaliha

Sorotan

1

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

4

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

5

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur