web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 12:04PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Mac 2024 di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menghayati semangat Ramadan dengan memperkukuh disiplin diri dan menyantuni golongan kurang bernasib baik.

Berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, beliau berkata, selain meningkatkan amalan, Ramadan juga adalah 'madrasah' untuk mengukuh dan menggilap semula kekuatan, keimanan, akhlak dan disiplin.

"Sebab itu ada kupasan alim ulama yang menyatakan Ramadan ini mengupas permasalahan etika yang lebih luas dan tentunya disiplin diri, benda yang (kita) boleh makan, benda kita tak boleh makan, benda harus yang kita boleh buat, tapi kita tak buat.

"Kemudian ia juga harus mengetuk pintu hati nurani kita untuk berbicarakan hal-hal yang terkait dengan Ramadan, maknanya usaha yang lebih untuk menambah sedekah amal jariah, dan masing-masing yang punyai sedikit keupayaan untuk menyantuni masyarakat kurang bernasib baik," katanya.

Anwar yang baru pulang daripada lawatan rasmi selama enam hari ke Jerman berkata, sekiranya ada semangat Ramadan dalam kehidupan, masalah negara akan lebih terkawal seterusnya kejayaan itu dapat disampaikan kepada dunia luar.

"Ibadah itu harus memberi makna lebih luas, bagaimana boleh kita sempurnakan Ramadan kemudian sambut dengan pembaziran luar biasa, tidak mempedulikan nasib masyarakat miskin? Bagaimana dalam Ramadan masih lagi kita teruskan amalan mengambil komisen dan rasuah? Maknanya penghayatan tidak ada," kata beliau.

Anwar juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau tidak mengambil berat soal ibadah apabila berbicara hal-hal Ramadan berkaitan kesedaran, masalah kemiskinan, soal disiplin dan tatakelola.

"Perbicaraan Islam tak boleh terlepas daripada soal yang tetap, hukumnya tetap dan ini termasuk soal-soal ibadah dalam kitab khusus, tetapi saya kata harus ibadah itu memberikan makna yang lebih luas.

"Saya harap mudah-mudahan kita dapat mengamalkan Ramadan tahun ini dengan semangat yang dianjurkan dalam agama (termasuk) mengukuhkan semangat kefahaman, disiplin dan tekad kita untuk memperbaik," kata beliau.

Sementara itu, Anwar berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut bertitah supaya tidak melakukan pembaziran pada bulan Ramadan.

"Semalam, saya menghadap santai dengan Yang di-Pertuan Agong, malam ini ada majlis buka puasa. Menarik singgungan baginda dalam perbincangan santai. Baginda bertitah, buka puasa sepatutnya minum air sikit, kurma sebiji dan solat maghrib dulu.

"Sebab pembaziran, (majlis) santapan di Istana (Negara) itu kadang-kadang lumayan, hal-hal yang kadang-kadang mengingatkan kita bahawa dicermati supaya wang itu dimanfaatkan kepada orang yang memerlukan," kata Anwar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad