web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Benam Penang FC, Casagrande, Trucha Terima Kad Merah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 8:35AM

Safawi meraikan jaringan pembukaan JDT. - Gambar oleh Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali melakar kemenangan selepas membenam Penang FC 3-0 sementara aksi antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC terjejas akibat cuaca buruk di Kota Kinabalu, semalam.

Kemenangan kedua ke atas Penang FC dalam saingan Liga Super 2021 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang itu membolehkan JDT mengumpul 30 mata selepas 13 perlawanan sementara skuad Harimau Kumbang kekal di tangga keempat dengan 22 mata.

JDT membuka tirai jaringan menerusi pemain sayap Muhammad Safawi Rasid yang menyempurnakan umpanan rakan sepasukan Safiq Rahim pada minit ke-15 sebelum penyerang import dari Brazil Bergson da Silva menyudahkan hantaran S Kunanlan untuk gol kedua JDT pada minit ke-43.

Pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh turut mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-51 selepas dibawa masuk pengendali JDT Benjamin Mora pada separuh masa kedua perlawanan.

Perlawanan tersebut turut dicemari insiden memalukan selepas pemain tuan rumah Anselmo Arruda da Silva yang dikenali sebagai Casagrande menerima kad kuning kedua manakala jurulatih Tomas Trucha dilayangkan kad merah masing-masing pada minit ke-88 dan minit ke-89 sekali gus diperintahkan meninggalkan padang.

Sementara itu, aksi di Stadium Likas antara Sabah FC dan KDA FC terpaksa dihentikan hampir satu jam ekoran hujan lebat dan berakhir dengan kemenangan 1-0 berpihak KDA FC yang menyaksikan Kpah Sherman muncul wira pasukan meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-79.

Kemenangan itu melonjakkan KDA FC ke tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 26 mata sementara Sabah FC yang mengalami kekalahan pertama dalam enam perlawanan kekal di kedudukan ketujuh dengan meraih 16 mata.

Pada masa sama, gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa kedua pertahanan berpengalaman Muhammad Shukor Adan memastikan Kuala Lumpur (KL) City FC mengikat UiTM FC 1-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Dalam pada itu, PDRM FC mencatat kemenangan ketiga Liga Premier musim ini selepas menewaskan Selangor FC 2 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar