web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Tidak Tolak Ansur Lawan Individu Rompak Kekayaan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 8:51PM

Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan Malaysia dan menyelamatkan bangsa daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan Malaysia dan menyelamatkan bangsa daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.

Anwar berkata beliau mengarahkan kerajaan supaya menyelamatkan negara daripada pemimpin-pemimpin yang mengayakan diri dengan merompak harta kekayaan negeri.

“Itu tekad saya, senang susah saya hadapi. Kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan, tetapi saya tidak akan bertolak ansur daripada bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa kita dan negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.

Bukan sedikit, dan ini termasuk pimpinan yang ada dalam kerajaan, baik menteri, dalam kalangan kerajaan negeri (exco). Kena ingat, saya arah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) apa, ambil tindakan kepada siapa sahaja yang melakukan rasuah, terutama setelah kita bagi amaran, dia buat juga lagi,” katanya ketika berucap melancarkan program  “Semarak Tambun Cinta Al-Quran” dan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ittihadiah di sini hari ini.

Anwar berkata beliau tidak terlibat dalam kes mahkamah melibatkan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

“Apabila kita ambil tindakan (melawan rasuah), kita zalim. Bukan saya ambil tindakan saudara, ini yang paling akhir mantan Menteri Besar Perlis, saya bukan siasat, bukan saya buat laporan ke SPRM atau polis,” katanya.

Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar, Perlis hari ini terhadap lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.

Sementara itu, Anwar memberi contoh bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga perlu mengutip cukai termasuk daripada individu yang kaya dalam usaha menyelamatkan negara daripada kehilangan hasil.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri, kutip cukai daripada semua, ini kalau dia tu orang kaya berbilion-bilion (harta), dia tak bayar cukai, (kalau bayar) dia bayar sikit, yang orang biasa kena bayar cukai (seperti biasa mengikut ketetapan), inilah yang kita harus betulkan.

Jadi saya sebut perkara ini kerana apa kaitan dengan Ramadan? Ramadan ini disiplin diri, soal nilai, soal akhlak yang saya ungkapkan sebagai MADANI,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad