Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ahli Politik, Penjawat Awam Minta Rasuah, Komisen Wajar Dikenakan Hukuman Tegas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 2:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hukuman tegas perlu dikenakan terhadap individu yang terbabit amalan rasuah dan komisen tanpa mengira kedudukan atau pangkat mereka.  

Jurucakap Badan Pemerhati Rasuah (MCW) menerusi kenyataan berkata, agensi penguatkuasaan perlu memastikan bahawa peraturan berkaitan dengan rasuah dan komisen dilaksanakan dengan tegas serta adil.

Menurutnya, penghapusan budaya rasuah serta komisen sememangnya diinginkan pelbagai pihak, khususnya rakyat.

“Usaha ini boleh dicapai dengan komitmen bersama pelbagai pihak. Langkah penting yang boleh diambil adalah meningkatkan kesedaran ahli politik dan penjawat awam mengenai akibat buruk amalan rasuah serta komisen kepada negara.

“Pelbagai kaedah pencegahan dan kempen sosial serta pendidikan awam perlu diadakan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

MCW berkata demikian bagi mengulas kenyataan terdahulu dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui bahawa masih ada pihak cuba untuk mendapatkan komisen ketika berurusan dengan kerajaan, termasuk di pejabatnya sendiri.

Ketika berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, kelmarin, beliau berharap semua pihak bekerjasama untuk membanteras budaya tersebut.

Menurut beliau, kaedah cekap dan bersih perlu ada dalam setiap urusan bagi menarik serta menambah keyakinan pelabur terhadap negara ini.

Perdana Menteri berkata, sekiranya tadbir urus, tata kelola dan imej baik dapat dikekalkan, beliau percaya masa depan negara lebih cerah berbanding sebelum ini.

Mengulas lanjut, jurucakap MCW berkata, tatakelola lebih telus dan terbuka juga boleh membantu mengurangkan amalan rasuah serta komisen.

“Pelaksanaan sistem dan proses lebih ketat serta jelas dalam perolehan kontrak kerajaan, pengurusan perbelanjaan dan pentadbiran wang awam akan membantu mengurangkan ruang untuk amalan rasuah mahupun komisen,” katanya.  

Sehubungan itu, MCW menyarankan masyarakat awam yang mengetahui perbuatan itu, melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Ujarnya, individu yang melaporkan mengenai perkara itu juga harus diberikan penghargaan dan pengiktirafan sewajarnya.

Menurutnya, amaran Perdana Menteri perlu dipandang serius kerana Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, sudah pasti mempunyai bukti dan sumber maklumat banyak serta tepat.

“MCW menaruh harapan agar komitmen penjawat awam dengan kerjasama ahli politik terutamanya, masalah budaya rasuah dan komisen dapat dihapuskan daripada sistem pentadbiran kerajaan buat selamanya.  

“Kepercayaan rakyat kepada ahli politik, kerajaan dan maruah penjawat awam pasti akan meningkat,” katanya. - Getaran, 5 April 2023

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi

Semasa 2 jam yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim