web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 7:03PM

Lukanisman Awang Sauni berkata dalam tempoh yang sama hasil saringan yang dijalankan terhadap 2 juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan tabiat merokok - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata dalam tempoh yang sama hasil saringan yang dijalankan terhadap 2 juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan perbuatan itu.

“Murid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok, manakala murid yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator N. Balasubramaniam yang ingin tahu perkembangan terkini pihak Kementerian Kesihatan dalam Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) dan sejauh manakah kempen ini berhasil.

Lukanisman berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memperkasa dan memperluaskan program GEGAR-18 yang bertujuan memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan untuk mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

“Kempen ini juga dijalankan bagi memastikan kumpulan GEGAR-18 ini kekal bebas rokok sepanjang hayat mereka. Kempen GEGAR-18 juga telah dijalankan di sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan dan Kementerian Pendidikan tinggi.

“Selaras dengan kempen GEGAR-18 ini juga, sebanyak 19 kampus universiti telah melaksanakan program MQUIT Universiti dan buat saringan serta intervensi untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan pelajar pengajian tinggi,” katanya.

Katanya KKM juga akan terus memperluaskan kempen GEGAR-18 bagi golongan belia yang tidak memasuki mana-mana IPT melalui kerjasama Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan lain yang berkaitan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar