web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Emilia Tarik Balik Kes, SM Faisal Dilepas Dan Dibebaskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 6:33PM

Emilia Hanafi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu selepas wanita itu menarik balik kes terhadap ahli perniagaan itu.

Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu, setelah membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal, supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan, susulan Emilia yang merupakan pengadu dan juga saksi pendakwaan terakhir bersetuju untuk menarik balik kes.

“Saya percaya pihak-pihak telah berdamai dan mencapai satu jalan penyelesaian. Oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan serta wang jaminan dikembalikan,” kata Nadia.

Terdahulu, peguam pemerhati bagi pihak Emilia, Nizam Bashir memaklumkan kepada mahkamah pihak-pihak terlibat telah berbincang sejak semalam dan akhirnya mencapai penyelesaian melibatkan pertikaian antara mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memanggil Emilia ke kandang saksi untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Oleh kerana terdapat satu penyelesaian, saya ingin menarik balik kes ini. Saya juga faham kesan sekiranya saya menarik balik kes, pertuduhan tidak boleh diteruskan terhadap tertuduh,” kata Emilia ketika disoal Nur Aishah pada prosiding hari ini, yang sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara.

Nur Aishah kemudian memohon agar SM Faisal dilepas tanpa dibebaskan, susulan pengesahan daripada Emilia, namun Akberdin memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan ekoran penarikan balik kes oleh wanita itu.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Nizam berkata kes berjaya diselesaikan setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian yang dijanjikan.

SM Faisal SM Nasimuddin
SM Faisal SM Nasimuddin

“Kes berjaya diselesaikan dan asas penyelesaian merupakan faktor keberkatan bulan Ramadan selain kemaslahatan anak-anak (merujuk kepada tiga anak SM Faisal dan Emilia). Terdapat terma-terma persetujuan tapi tidak payahlah didedahkan, kita raikan persetujuan kata putus yang berjaya dicapai,” katanya.

Sementara itu, Akberdin berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian kepada umum.

“Penyelesaian ini juga melibatkan kes di Mahkamah Syariah iaitu kes mutaah dan harta sepencarian. Pihak-pihak akan mengambil tindakan memaklumkan kepada mahkamah, untuk tidak meneruskan lagi kes-kes lain. Kami berharap selepas ini semua akan berjalan lancar,” kata peguam itu.

Sementara itu, SM Faisal dan Emilia ketika ditemui pemberita menzahirkan kesyukuran atas penyelesaian itu dan akan memberikan fokus sepenuhnya kepada anak-anak.

SM Faisal didakwa mencederakan Emilia di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang 22 Nov 2015 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal Dan Bekas Isteri Akan Berunding Selesai Kes Di Luar Mahkamah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Saya Jual Makanan Untuk Tanggung 3 Anak - Emilia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal, Caprice Bincang Selesai Kes Saman - Peguam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal, Satu-Satunya Teman Lelaki Serius Emilia - Adik Emilia

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

oleh Wartawan Getaran