web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Jual Makanan Untuk Tanggung 3 Anak - Emilia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 10:00PM

Emilia Hanafi hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi mengikuti kes sambung bicara melibatkan bekas suaminya Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa beliau terpaksa bekerja sambilan sebagai penjual makanan serta melakukan kerja-kerja dekorasi rumah bagi menanggung perbelanjaan anak-anaknya selepas bergelar ibu tunggal.

Emilia Hanafi, 43, berkata beliau memilih untuk bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya yang berumur 17, 12 dan 10 tahun, termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

"Saya menanggung anak-anak dengan menjual makanan yang dimasak dari rumah," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Emilia.

Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata pekerjaan sambilan itu dilakukan untuk menanggung keluarga termasuk tiga anak lelakinya kerana nafkah interim RM2,000 yang diterima bagi setiap anaknya adalah tidak mencukupi.

"Buat masa ini, saya bersama tiga anak menumpang di rumah ibu bapa saya," katanya dalam nada sebak.

Emilia memberi keterangan hari ini selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal untuk Emilia dipanggil memberi keterangan walaupun pihak pendakwaan membantah permohonan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria bagaimanapun memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan semakan undang-undang terhadap perintah mahkamah itu supaya Emilia memberi keterangan hari ini.

Sepatutnya, hari ini saksi pendakwaan keenam, Elisa Nani iaitu adik perempuan Emilia disoal balas oleh peguam, namun Akberdin memohon supaya Emilia dipanggil untuk memberi keterangan terlebih dahulu kerana beliau saksi penting pendakwaan.

SM Faisal, 43, didakwa mencederakan Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 28 Februari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

2

TARA 3 tahun yang lalu

Dia Bawa Maleeq Ke Melaka Tanpa Pengetahuan Saya – Sam Bunkface Minta Aida Tolong Jadi Ibu Yang Bertanggung Jawab 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Emilia Tarik Balik Kes, SM Faisal Dilepas Dan Dibebaskan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal Dan Bekas Isteri Akan Berunding Selesai Kes Di Luar Mahkamah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad