Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dia Bawa Maleeq Ke Melaka Tanpa Pengetahuan Saya – Sam Bunkface Minta Aida Tolong Jadi Ibu Yang Bertanggung Jawab 

Setelah puas berdiam diri, akhirnya vokalis kumpulan Bunkface, Sam membuat pendedahan tentang isu nafkah dan sebab-sebab mengapa dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya, Maleeq sejak beberapa bulan lalu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 8:00PM

Sam Bunkface dan anaknya Maleeq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah puas berdiam dirinya, akhirnya vokalis kumpulan Bunkface, Sam membuat pendedahan tentang isu nafkah dan sebab-sebab  mengapa dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya, Maleeq sepanjang beberapa bulan lalu. 

Pendedahan itu dibuat Sam menerusi akaun TikTok miliknya bagi menjelaskan tentang tuduhan tidak benar yang dilemparkan oleh bekas isterinya, Aida Azira Husin tentang isu nafkah dan juga dakwaan bahawa dia sudah lama tidak menjenguk anaknya. 

Sam mengakui tidak pernah mengabaikan tanggung jawab ke atas anaknya Maleeq. - Gambar Instagram
Sam mengakui tidak pernah mengabaikan tanggung jawab ke atas anaknya Maleeq. - Gambar Instagram

“Beberapa hari lepas saya diberitahu ada tuduhan yang tidak benar dilemparkan terhadap Sam oleh bekas isteri saya mengenai isu nafkah anak bersama beliau iaitu Maleeq. 

“Sam difahamkan tuduhan berbentuk wawancara video itu itu dimuat naik di akaun rasmi Official Hlive pada 28 Mac 2023. 

“Disebabkan itu, saya cuba tampil mempertahankan diri untuk mengelakkan fitnah dan sangka buruk terhadap diri saya dan keluarga. Tiada niat saya untuk membuka aib siapa-siapa,” katanya. 

Mengenai isu nafkah  

Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar bin Muhammad Baharom berkata, dia tidak pernah langsung abaikan tanggung jawabnya dan sebab itu bekas isterinya itu tidak berani menjawab persoalan mengenai isu nafkah di dalam wawancara video tersebut. 

“Saya tak pernah tak tak bayar nafkah anak sebulan pun. Saya siap bayar terlebih. Malah, saya  siap jaga Maleeq dua minggu dan dia (Aida) jaga  dua minggu setiap bulan,” katanya. 

Sam juga turut mengulas mengenai kenyataan Aida yang tidak setuju apabila dia meminta pindaan nafkah dikurangkan. 

“Korang nak tahu nafkah dia mintak berapa. Dia minta nafkah bulanan sebanyak RM1300. Masa saya pohon pindaan nafkah  ini di mahkamah, ia berlaku dua tahun lepas. 

“Urusan penjagaan Maleeq adalah secara sama rata, dia jaga dua minggu dan say jaga dua minggu setiap bulan.  

“Dia minta saya bayar RM1300 untuk dia jaga Maleeq selama dua minggu. Tak termasuk masuk kos untuk saya jaga Malik selama dua minggu lagi. 

“Masuk akal tak kalau saya pohon pindaan tersebut ketika musim PKP di mana punca pendapatan saya agak terhad di mana waktu itu lebih dua tahun perniagan kami terjejas. 

“Walau tanggung jawab saya bertambah dan PKP berlanjutan, saya masih tetap laksanakan tanggung jawab saya sebagai ayah dan jaga Maleeq setiap dua minggu tanpa gagal. Dan nafkah tetap dibayar setiap bulan. 

“By the way, kos say jaga Maleeq selama dua minggu hanyalah sebanyak RM250. Kenapa dia kena jaga sampai minta RM1300 untuk tempoh dua minggu?,” soal Sam 

Sam juga turut mempersoalka tindakan bekas isterinya yang cuba meminta bukti bahawa pendapatannya terjejas sewaktu PKP. 

“Semua bukti mengenai ketidakmampuan saya untuk terus bayar nafkah yang terlalu tinggi itu sudah saya bentangkan di mahkamah. Dan, Aida sendiri sudah sedia maklum. Nak bukti apa lagi? 

Bekas Isteri Hantar Maleeq Ke Melaka Tanpa Pengetahuan Sam 

Mengenai tuduhan yang mengatakan dia sudah enam bulan tidak berjumpa dengan Maleeq iaitu bermula hujung tahun lepas, Sam berkata, ada halangan yang menyebabkan dia tidak dapat bertemu dengan anak lelakinya itu. 

“Korang tahu Aida letak Maleeq kat mana?  Dekat Masjid Tanah Melaka tanpa kebenaran dan pengetahuan saya.

“Sebulan lebih saya tanya dia Maleeq kat mana. Dia cakap talk to my lawyer. Saya risau jadi saya hantar surat pada peguam dia tapi peguam di tak balas.  Selepas banyak kali saya tanya berulang kali setiap hari, baru dia cakap Maleeq dekat melaka.

“Masalahnya Aida keja kat KL. Jadi siapa yang jaga Maleeq di Melaka. Rupanya nenek dia (Aida) yang jaga. Dia (Aida) tak jaga pun jaga anak dia. Tapi nafkah masih  beriya minta tinggi-tinggi. 

“Pun begitu, saya masih berusaha pergi ke Melaka. Aida tidak tahu sebab setiap kali saya ambil Maleeq dia takde kat sana dan selalu saya berurusan dengan nenek Maleeq sahaja,” katanya. 

Jelas Sam lagi, dia terpaksa menghabiskan masa selama empat hingga jam di jalananan untuk pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Melaka dan kembali ke Kuala Lumpur setiap kali mengambil Maleeq .

“Ada sekali tuh, saya ambil Maleeq dari Melaka dan bawa balik ke rumah saya di Kuala Lumpur, tiba-tiba Aida hubungi dan whatsapp saya marah-marah atas alasan sekolah tadika Maleeq ada meraikan sambutan hari jadi. 

“Apa yang penting dengan acara itu? Di mana persefahaman dia lepas dia letak Maleeq jauh daripada saya. Apa yang takde halangannya?

“Dia sengaja menyukarkan keadan untuk saya jumpa Maleeq. Sekarang dia cakap saya taknak  jumpa Maleeq. 

“Persoalannya kenapa kena letak Maleeq di Melaka. Sedangkan ibu dan ayah dia ada di KL. Kenapa failkan hak penjagaan sepenuhnya selepas kes isu nafkah dibuka. Sedangkan selama ini, kita boleh jaga bergilir setiap minggu tanpa masalah.

“Persoalan paling besar, lepas dia failkan kes itu, dia tak jaga pun Maleeq. Dia bagi nenek dia yang jaga di Melaka. Ramai je ibu tunggal yang kerja tapi mampu laksanakan  tanggung jawab sebagai ibu. 

“Tambahan pula, Maleeq dari kecil dah biasa dgn nursery harian  dari pagi sampai petang. Jadi, kerja tidak patut dijadikan sebagai alasan,” katanya Sam lagi. 

Minta Aida Jadi Ibu Yang Bertanggungjawab 

Sam juga turut mempersoalkan tindakan Aida yang tidak berani menjawab apabila wartawan dalam video wawancara itu bertanya, adakah dia pernah cuba hubungi Sam? 

“Memanglah dia tak berani nak jawab. Nanti ia akan menampakkan saya look good pulak. Tak jadilah plan dia untuk burukkan saya kaw kaw. 

“Semua perbualan saya dengan Maleeq berlaku antara saya dengan nenek dia (Aida) Sebab nenek dia yang jaga Maleeq. Bila masa saya call Aida untuk cakap dengan Maleeq? Setiap kali saya tanya Aida pasal Maleeq, dia akan kata, cakap dengan peguam dia dan jangan teks dia lagi. Sejak bila dia call saya? Ini tipu,” katanya.

“Saya terpaksa blok dia sebab banyak sangat ugutan dan sangat sukar untuk dibawa berbincang. Secara jujurnya, saya memang kecewa yang Maleeq jauh daripada saya dan tanpa pengetahuan saya pun.

“Secara tiba-tiba Aida failkan tuntutan hadhanah ketika kes isu nafkah belum selesai. Kata-kata saya kepada dia, Aida tolong jadi ibu yang bertanggungjawab kepada Maleeq. 

“Kalau kamu tak boleh jaga Maleeq, tolong jangan hantar pada ibu kamu, usah failkan untuk hak penjagaan sepenuhnya dengan memikirkan ia mampu memberi kesan tentang isu nafkah. Usah berlagak menjadi mangsa. Kita semua tahu apa jadi kepada Amber Heard. 

“Pada penghujung hari, Maleeq perlukan ibu bapa. Bukan datuk dan nenek. Saya tak pernah setuju Maleeq berada di Melaka. Tapi, saya tak boleh buat apa.

“Tapi, saya tetap akan lawan di mahkamah, supaya berpeluang untuk terus dekat dengan anak saya, Maleeq. Sebenarnya ada banyak lagi isu tapi saya bukan nak burukkan siapa-siapa tapi saya terpaksa nyatakan kebenaran supaya fitnah ini tidak merebak,” katanya lagi. – Getaran, 2 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 bulan yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Saya Jual Makanan Untuk Tanggung 3 Anak - Emilia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekas Isteri MB Perlis Tuntut Mutaah, Nafkah Tertunggak RM15.43 Juta

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Orang Tanya, Bolehkah Saya Jaga Anak?’- Sam Bunkface

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM